View: 354|Reply: 0
|
JDT perlu RM5 juta setahun bayar gaji Falcao
[Copy link]
|
|
JDT perlu RM5 juta setahun bayar gaji Falcao
Rayo Vallecano dikatakan membayar gaji Falcao RM5.6 juta setahun.
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan perlu menyediakan RM5 juta setahun untuk membayar gaji Radamel Falcao seandainya penyerang itu menyertai skuad Harimau Selatan.
Ia adalah anggaran selepas kelab Sepanyol, Rayo Vallecano ketika ini dikatakan membayar gaji penyerang Colombia itu 1.2 juta Euro atau kira-kira RM5.6 juta setahun.
Media Sepanyol, Marca hari ini melaporkan Falcao, 37, bersedia untuk menyertai JDT yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut.
Kontrak Falcao bersama kelab, Rayo Vallecano bakal berakhir pada Jun ini dan menurut laporan media itu, dengan dia bersedia untuk mencuba cabaran baharu bersama JDT.
Media berkenaan turut mendakwa Falcao sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama JDT yang kini dibimbing Esteban Solari.
"JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu," lapor Marca.
Seandainya bekas penyerang Manchester United dan Chelsea itu sah menandatangani kontrak bersama JDT, dia akan menjadi pemain berprofil tinggi kedua yang menyertai Harimau Selatan selepas Pablo Aimar pada 2013.
Falcao mula beraksi bersama Rayo Vallecano sejak musim 2021 selain dia turut pernah menyarung jersi kelab Turki, Galatasaray selama dua musim.
Khabar angin bahawa Falcao bakal menyertai JDT sudah bermain di media sosial sebelum ini, namun belum ada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... n-bayar-gaji-falcao
|
|
|
|
|
|
|
| |
|