CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan pertimbang kembalikan feri ikonik Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 1-3-2023 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan pertimbang kembalikan feri ikonik Pulau Pinang

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI01 Mac 2023 06:14pm






Menteri Pengangkutan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bercakap pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Rabu. - Foto Bernama.




GEORGETOWN - Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula operasi feri ikonik ke Pulau Pinang yang dihentikan sejak 31 Disember 2020.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu tidak boleh dijalankan dalam kadar segera kerana ia perlu menghadapi banyak cabaran antaranya isu pengubahsuaian terminal feri.

"Operasi feri ikonik itu tidak boleh dikembalikan segera dan perlu mengambil masa memandangkan banyak cabaran terpaksa dihadapi dari sudut operasi untuk mengembalikan segera perkhidmatan ini disebabkan terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.

"Kita juga perlu perhalusi adalah projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan tanah besar ketika ini yang tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kata beliau, kementerian menyedari bahawa terdapat permintaan daripada pengguna agar perkhidmatan feri ikonik yang membawa kenderaan empat roda dikembalikan semula di Pulau Pinang.

Sementara itu, Anthony berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berhubung situasi feri ikonik yang masih wujud sama ada mahu dijadikan feri pelancongan dan sebagainya.

"Sebanyak empat feri baharu yang membawa pejalan kaki dan penunggang motosikal akan mula beroperasi pada 1 Ogos ini. Feri baharu ini tidak menawarkan perkhidmatan membawa kenderaan empat roda kerana ia ditempah lebih awal," katanya.


Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau dan sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Sebelum ini, SPPP mengumumkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari 2021 mana, feri Ro-Ro hanya untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja.

Ini bermakna, kesemua kenderaan empat tayar tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya.

Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Prasarana Malaysia Berhad.

PPSB juga akan menyediakan perkhidmatan katamaran untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini.

Bagaimanapun, bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina.

Dua feri tersebut akan diubahsuai sebagai restoran dan muzium terapung yang mana, kedua-duanya tidak akan bergerak, hanya diletakkan di Tanjung City Marina sahaja.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list