CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5204|Reply: 32

Saya Sayang Dia - Nadhir Nasar Dianggap Pelapis Beto Kusyairy

[Copy link]
Post time 1-3-2023 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon popular, Beto Kusyairy terkenal dengan lakonan bersahaja, namun impaknya cukup mendalam kepada penonton.


Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang beranggapan sukar untuk mencari pelakon pengganti yang sememangnya mempunyai kelas tersendiri seperti Beto.




IG




Bagaimanapun, menerusi program Melodi, Beto dikhabarkan mempunyai pelapisnya iaitu pelakon baru yang kini sedang mencipta nama dalam industri seni tanah air, Nadhir Nasar.


Menurut Beto atau nama penuhnya, NurKusyairy Zakuan Osman, 43, Nadhir adalah pelakon baru yang menunjukkan sifat ingin belajar serta meletakkan kesungguhannya melebihi dirinya sendiri.


“Bagus! Saya sayang Nadhir Nasar tu, saya pernah berlakon dengan dia masa tu projek pertama dia, dia jadi adik saya. Masa tu, saya nampak potensi dia, kesungguhan dia untuk mendalami watak dan kesungguhan dia untuk belajar dan memberikan yang terbaik untuk karya tu tetapi bukan untuk diri dia,” katanya.







Dalam pada itu, Beto mengakui, semangat yang ditunjukkan Nadhir dalam lakonan membuatkan dia mengagumi anak muda berusia 26 tahun itu.


Bahkan, turut mendoakan agar Nadhir sentiasa maju jaya dalam bidang yang diceburinya.


“Saya admire benda tu, kesungguhan dia, sifat ingin belajar dia. Benda tu ada pada dia dan saya sentiasa mendoakan moga dia lebih maju dan melebarkan sayap cuma jangan sampai tidak menjejakkan kaki ke tanah lah. mudah-mudahan. Dan saya percaya benda tu takkan berlaku pada dia,” jelasnya.









Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf yach, nadhir dah meninggalkan hengko dah beto di mata kaka level kau yang tak setaraf nadhir dah sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadhir pandai pilih naskhah. Aku suka tgk dia berlakon. Mmg sesuai jd adik beto. Cuma nadhir extra dari beto sbb ada ketinggian dan model look. Hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya sayang Nadhir Nasar tu" wowerzz. Huntunglah disayangi senior yang disayangi semua orang. Ingat pesan Bang Beto ya. Terus terbang tinggi tapi jangan sampai lupa jejak tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:56 AM | Show all posts
saya sayang kedua-duanyahhhh.. mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:34 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 1-3-2023 06:24 PM
Maaf yach, nadhir dah meninggalkan hengko dah beto di mata kaka level kau yang tak setaraf nadhir  ...

Ini betul sbb Beto is overrated namati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Beto dlm juvana menjadi watak kerek wardennya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah disayangi beto. Selamat lah nadhir dan takkan kena kutuk dan diperli oleh geng2 perasan bagus, perasan A-lister ni.
Malah akan dipuji secara berlebihan oleh geng2 ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 10:04 AM | Show all posts
Nadhir ni mmg pandai berlakon
menjiwai
start minat dia berlakon i tanggang
ye betul kata forumer dia pandai pilih naskah semua lakonan dia mantap
skrg jadi model plak
untunglaaaaaa

i minat nadhir ni walaupun kategori acik2

calling2 @cmf_premierleag
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 2-3-2023 10:04 AM
Nadhir ni mmg pandai berlakon
menjiwai
start minat dia berlakon i tanggang


baru aku nk baca tred ni
Ha ah..nadhir pandai pilih naskhah
Kalo merqeen tu drama bodoh mcm telur utk firdaus bleh la level utk dia
Kalo mirul (fakhri) lak ada gak dia belakon drama bodoh ustaz instant ustazah scammer ke apa ntah nmpk iklan kt astrok ms tu...drama bodoh lakonan mira flizah basic jd pocong ke apa ntah.
Harap nadhir jgn pilih naskhah bodoh2 mcm ni.
Baik pilih naskhah yg ada soul and art ..tu la baru namanya anak seni
Gitu akak sapot nadhir
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadhir ni masa kena berlakon short drama dlm hero remaja dl, dia yg plg cemerlang
Nampak bertokoh
Sebab tu bila dia jd juara aku xterkejut
Tgk skrg mmg bagus pun berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:10 AM | Show all posts
nadir ni kira bbnu yg ada mission la bukan nak glemer semata.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je satu so far cerita bongok² tu dipilihnya..tu pun supporter roll..ash&aish...merqeen heronya...cliche naw² ceritanya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:20 AM | Show all posts
tulip-rain replied at 2-3-2023 09:45 AM
Untunglah disayangi beto. Selamat lah nadhir dan takkan kena kutuk dan diperli oleh geng2 perasan ba ...

Nak nempellah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:24 AM | Show all posts
tulip-rain replied at 2-3-2023 09:45 AM
Untunglah disayangi beto. Selamat lah nadhir dan takkan kena kutuk dan diperli oleh geng2 perasan ba ...

hahah this so true!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:30 AM | Show all posts
Suker dik nadhir nih. Character actor.
Bangsa buat research sblm menangani watak & menghayati watak.
Heols ade xfactor, yg tak perlu muka cun stroberi atau ice-cream, untuk jadi A-lister.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 2-3-2023 11:18 AM
Ada je satu so far cerita bongok² tu dipilihnya..tu pun supporter roll..ash&aish...merqeen heronya. ...

Ha ah betul..tp jd supporting role kecik2 je dlm ash aish tu.....bukan lead hero
Gitu akak backing nadhir
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Skarang ni nadhir sedang pairing dgn bamtah dalam filem yg bakalan 100 juta kutipan. Kalau nadhir menyayangi bamtah lepas ni
bambeto jangan jeles Tau. Hehehehewww
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 2-3-2023 11:30 AM
Ha ah betul..tp jd supporting role kecik2 je dlm ash aish tu.....bukan lead hero
Gitu akak backing ...

Kannn..nasib baik la watak picisan ajo..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 12:03 PM | Show all posts
budak nadhir ni sopan gitu... tenang2 aje
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053414 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list