View: 1541|Reply: 10
|
Ini Namanya Kufur, Mainkan Agama Islam! Caprice Bengang Filem Mentega Terbang Diluluskan Untuk Tayangan
[Copy link]
|
|
Caprice tak puas hati dengan sebuah filem yang didakwa memainkan sentimen agama.
D Instagram, Caprice mempersoalkan bagaimana filem tersebut boleh ditayangkan di sebuah platform penstriman.
Foto: IG
“Kita hanya nak tahu bagaimana filem ini boleh diuar-uarkan dan promosi dalam platform penstriman di Malaysia.
“Sebab filem ini ada satu babak di mana seorang ayah beritahu anaknya yang anaknya boleh pilih agama.
“Ini bukanlah kreativiti, keterbukaan atau liberalisme, ini namanya kufur,” tegas Caprice.
Caprice juga meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap filem terbabit kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama.
“Saya berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Kementerian Komunikasi ambil tindakan keras kepada mereka semua ini sebab terang-terang mainkan isu agama."
Untuk info, Mentega Terbang sebuah filem Indie pertama ditayangkan di platform penstriman Viu.
Filem itu ditayangkan pada 19 Januari lalu mengisahkan pencarian seorang remaja terhadap apakah yang akan berlaku selepas seseorang itu meninggal dunia. Mentega Terbang juga mengangkat topik agama dan kepercayaan.
Sebelum ini pun ramai pihak mendesak pihak berkuasa mengharamkan filem tersebut kerana didakwa mempromosikan pluralisme. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
celah mana mainkan islam... filem ni bukan ke director dia nak bagi cerita pengajaran pasal apa terjadi in real life... yang hengko gigih beli tiket filem kapir tengok scene2 18sx bagai semua tu takde plak ko nak tanya diri ko permainkan islam ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong caprice. Kita ni kalau hauk mcm mn pon jgn main bab agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor: Sokong caprice. Kita ni kalau ...
Sy pun sokong caprice...sikit depe masuk jarum cara halus. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kaka tak tau, buat kaka nak tau dan tengok.
reserve my opinion dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Nak tgk lah.. Baru tau ada citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
ok caprice perjuangkan islam ek. tp suro bini ko tu ttop aurat dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Filem jenis ini tidak perlu tayang pun tidak apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 2-3-2023 12:44 AM
Dari kaka tak tau, buat kaka nak tau dan tengok.
reserve my opinion dulu.
Sama.
Kalau tengok trailer, tak rasa menghina Islam. Mungkin lebih kepada menghina Melayu.
Juga tak rasa menghina Islam sebab persoalan protagonist filem ni dah bertahun2 aiols kat porem dok share light discussion terutama dengan si Sekngucing tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 1-3-2023 03:02 PM
Sokong caprice. Kita ni kalau hauk mcm mn pon jgn main bab agama..
Suruh dia paksa bini dia tutup aurat dulu la. Celaka punya pompuan dok main2kan agama tak ikut ajaran Islam sebenar. Vley? |
|
|
|
|
|
|
| |
|