CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lans Koperal retak kepala akibat ditetak suspek dadah

[Copy link]
Post time 1-3-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shuhaily menunjukkan gambar anggota polis yang cedera di kepala. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami luka dan retak di kepala akibat ditetak dengan pisau pemotong daging ketika bergelut dengan seorang lelaki di Bandar Baru Air Itam, di sini, awal pagi hari ini.

Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek berusia 33 tahun yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkait dadah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pada 12.15 pagi, lelaki itu didapati menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum diekori sejauh 150 meter oleh anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.

Beliau berkata, ketika ditahan, lelaki itu melakukan provokasi ke atas dua anggota berkenaan serta menyerang dan menetak seorang daripadanya sebelum melarikan diri dengan meninggalkan motosikal.

"Siasatan di lokasi kejadian oleh pasukan forensik menemukan pisau pemotong daging dan kesan darah.

"Kejadian berlaku di kawasan rumah dan terdapat pisau pemotong daging di situ yang kemudian diguna suspek dalam pergelutan sehingga menetak mangsa.

"Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 30 peket plastik lutsinar mengandungi ketulan serta serbuk warna kuning disyaki dadah jenis heroin seberat 210 gram selain dompet suspek di bawah tempat duduk motosikal ," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini bagi menziarahi mangsa.

Mohd Shuhaily berkata, suspek berjaya ditahan di rumah pangsa pada jam 3.30 pagi.

"Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, AMP, opiate dan Tetrahydrocannibol (THC).

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 7 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Manakala mangsa yang berusia 29 tahun kini berada dalam keadaan stabil di HPP dan mengalami luka torehan pada hadapan serta belakang kepala.

"Juga didapati mangsa mempunyai kesan retak pada kepala di bahagian kiri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itetak-suspek-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052673 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list