View: 4469|Reply: 24
|
Berpendidikan, Bijak Dan Menyenangkan- Vanida Imran Lega Rashidi Pilih Hasliza Sebagai Isteri
[Copy link]
|
|
Vanida Imran, 50, mengakui gembira apabila mendengar berita Rashidi Ishak, 49, telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Kata Vanida, dia dan anak-anak menyambut baik perkahwinan pasangan tersebut dan menyenangi keperibadian Hasliza yang juga merupakan kenalan lamanya.
Foto: IG
“Saya mengenali Liza dan pernah berlakon di bawah arahannya menerusi filem Kalla: Hidup Atau Mati.
“Dia individu yang baik dan saya sangat gembira kerana Rashidi memperisterikan dia.
“Sebenarnya, saya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Apabila dimaklumkan tentang perkara itu, saya gembira, kerana saya tahu anak perempuan saya pasti akan menyukai dia,” katanya.
Perkahwinan Rashidi dan Vanida ternoktah pada tahun 2018 selepas bekas pasangan suami isteri itu memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail dan Maryam Rashika.
Vanida pada tahun lalu selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris sementara Rashidi pula berkahwin dengan Hasliza sekitar Februari tahun ini.
Kata Vanida lagi, kematangan yang dimiliki Hasliza menjadikan wanita tersebut sebagai calon yang paling tepat untuk menjadi isteri kepada Rashidi.
“Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.
“Dia seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia untuk mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okey dengan perkahwinan mereka,” katanya lagi. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kurlast acik rashidi dapat pengarah terus..
ex isteri pun happy jadi memang pilihan terbaik dah tu...
semoga berbahagia untuk kesemua pihak...
terkejut jugak haritu sebab tup tup rashidi kahwin dulu...
si jeri tunggu istana kokdiang nekta siap baru kahwin gamaknyaaa... nak bersanding kat istana kokdiang la tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 50 muka macam tu. See, infuenzar² yg up video tiktok sekalian, muka mcm ni lah yg boleh claim nampak sebaya dgn anak. Bukan letak filter bertingkat dan self-proclaimed yach...
Statement di atas tidak ditujukan kepada mana² individu yg terasaa.. Uhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa umur laki acik Vee ni. Macam muda sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Eloknya komen acik Vanidah semuga aman2 kehidupan mereka sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga masing2 berbahagia hingga ke syurga.. |
|
|
|
|
|
|
|
adaakukesah: Berapa umur laki acik Vee ni. ...
Younger than her |
|
|
|
|
|
|
|
Ni cth muka berseri glowing bukan berkilat cam sorg datin tu |
|
|
|
|
|
|
|
Masih lagi kecewa sbb jodoh mereka tak berpanjangan.. tapi itulah yang Allah dah aturkan.. Allah knows best.. |
|
|
|
|
|
|
|
awekjepun replied at 1-3-2023 11:02 PM
Ni cth muka berseri glowing bukan berkilat cam sorg datin tu
Siap boleh perah muka tuang dalam kuali untuk goreng cekodok gittew kan? Tak payah nak berebut minyak kampit subsidi kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
watevahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bij |
|
|
|
|
|
|
|
Nape bila puji seseorang nk kena bandingkan dgn seseorang yg lain? Sungguh tidak matang. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah... sumer2 hepi la kan. Smoga bahagia slalu dengan pasangan masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bahagia buat kedua2 keluarga.. anak2 pun dh besar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|