CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Perlis] Mayat nelayan bot karam ditemukan terapung

[Copy link]
Post time 1-3-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Mayat nelayan bot karam ditemukan terapung

01 Mac 2023 01:46pm






Gambar hiasan




KUALA PERLIS - Mayat lelaki dipercayai nelayan dalam insiden bot karam petang semalam, ditemukan terapung oleh orang ramai di kawasan muara Sungai Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Amin Rahim, 28, ditemukan kira-kira 7.40 pagi.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dijumpai melainkan kesan darah yang keluar dari hidung dan telinga mangsa.

"Bot yang dibawa oleh mangsa juga tidak mengalami kerosakan cuma bot nelayan yang dilanggar oleh bot mangsa sahaja mengalami sedikit kerosakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah ditamatkan pada 9 pagi tadi.

Yusharifuddin berkata, semalam polis menerima aduan bot karam daripada orang ramai kira-kira 3.34 petang.

Katanya hasil temu bual dengan saksi kejadian, bot mangsa terlanggar bot nelayan lain dan terkena libasan batang pemegang kemudi, menyebabkan bot mangsa berpusing-pusing dan karam. Mangsa turut tenggelam. - Bernama









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.249264 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list