CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 1

Sharifah Shahirah bersyukur diri masih popular

[Copy link]
Post time 28-2-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Sharifah Shahirah bersyukur diri masih popular


Kali terakhir Sheira beraksi sebagai pengacara program terbitan TV3 adalah pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bersama Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak. Foto Ihsan TV3


PUTRAJAYA : Tiada yang lebih mengujakan selain peluang mengendalikan acara anugerah besar seperti Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 buat artis serba boleh, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Sheira.

Selepas sekian lama menanti, Sheira teruja berganding dengan Sherry Alhadad pada malam kemuncak menghimpunkan penggiat dan tenaga kreatif di sebalik pembikinan drama tempatan itu.

Penyampai radio Suria FM ini berbesar hati kembali ditawarkan menjadi hos acara anugerah terbitan TV3. Kali terakhir Sheira beraksi sebagai pengacara program terbitan TV3 adalah pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bersama Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak.

"Apabila dipanggil kali ini, saya pergi sahaja. Sebelum ini, ada juga stesen televisyen (TV) panggil tetapi dalam mesyuarat, nama saya selalu ditolak.

"Alhamdulillah, kali ini TV3 terbuka hati panggil saya semula. Dapat pula mengacara dengan Sherry. Kami ada pertalian darah di mana bapa Sherry dan nenek saya adalah adik beradik.

"Dahulu kami bergandingan tetapi dalam program yang tidak popular. Sekarang, Alhamdulillah dalam program popular.



Sheira mula membuat kajian mengenai drama yang bersaing dalam TADS 2023 sebagai persediaan mengemudi acara anugerah itu bersama Sherry. Foto Ihsan TV3


"Sudah lama saya kenal Sherry. Jadi, saya tiada masalah (bekerja dengan Sherry). Sebenarnya, saya tiada masalah mengacarakan majlis dengan siapa pun. Saya suka ikut pasangan dan saya akan jadi diri sendiri," katanya kepada BH Online.

Sheira berkata, dia perlu membuat kajian mengenai drama yang bersaing dalam TADS 2023. Sebelum ini, Sheira mengaku agak ketinggalan dan kurang mengikuti tayangan drama terbitan TV3 akibat jadual kerjanya.

"Kadang-kadang, saya hanya tahu pelakon kontroversi sahaja. Jadi, saya kena buat ulang kaji. Apabila ditanya di atas pentas tadi (sidang media TADS 2023 di IOI City Mall kelmarin) pun, saya teragak-agak jawab, jadi saya perlu kerja lebih," katanya.

Tidak putus menerima tawaran menjadi pengacara sehingga hari ini, Shiera meminta kebenaran daripada Suria FM bagi menghormati majikannya.

"Saya berbincang dengan pengurusan stesen radio dan mereka beri kebenaran. Suria FM tidak pernah menyekat, mereka lagi suka saya terima tawaran mengacara di mana-mana pun.

"Syukur, saya masih relevan, di mana saya banyak menjadi hos pada majlis tertutup. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sukakan saya lagi," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/hibur ... -diri-masih-popular

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2023 12:44 PM | Show all posts
"Sudah lama saya kenal Sherry. Jadi, saya tiada masalah (bekerja dengan Sherry)."

Dah sah-sah la Sherry tu aunty sheols. ke anak sedara?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.193434 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list