View: 5780|Reply: 103
|
Campak Isteri Dalam Laut, Suami Tak Ada Baki Gaji Sebab Banyak Hutang- Punca Ramai Wanita Sekarang Takut Nak Kahwin
[Copy link]
|
|
Banyak kes keruntuhan rumah tangga dan bercerai-berai sejak beberapa bulan lalu.
Kali ini bukan tentang artis, tetapi secara umum tentang perasaan takut yang diluahkan segelintir golongan terutama wanita apabila mereka takut berkahwin selepas melihat berlakunya banyak keruntuhan rumah tangga.
Bukan hanya takut pasangan dirampas penyondol, ada beberapa lagi perkara yang menjadi ketakutan buat kaum wanita, sudah pasti yang utamanya adalah bimbang jika tersilap pilih suami sekiranya dapat lelaki berperangai jahat.
Gambar Hiasan
Dalam sebuah video tular memaparkan tindakan seorang lelaki yang mendukung isterinya sebelum melempar wanita itu ke dalam laut ketika berada di atas sebuah kapal cukup menjadi bukti bahawa dunia perkahwinan boleh menjadi gila segila-segilanya.
Kejadian yang berlaku di Indonesia itu mengundang rasa kecewa, takut, geram dan sedih tentang bagaimana seorang lelaki yang seharusnya menyayangi dan melindungi sanggup bertindak sedemikian rupa.
“Saya semakin takut untuk berkahwin selepas melihat video ini,” luah seorang netizen.
Bersandarkan hanya sebuah video tersebut, kebarangkalian perasaan enggan berkahwin yang sudah lama tumbuh dalam diri seseorang wanita pada zaman sekarang semakin menebal.
Media sosial yang menjadi ‘ejen’ pembongkaran kisah realiti adakalanya turut memberi kesan kepada diri pengguna sehingga boleh mencetuskan rasa kurang senang atau kegelisahan.
Tiada sesiapa perlu dipersalahkan jika seseorang itu dihantui perasaan takut berkahwin, sebaliknya jadikanlah peristiwa sebegitu sebagai satu pengajaran.
Tak salah jika ada rasa takut untuk berkahwin, tetapi janganlah dipukul sama rata bahawa dunia perkahwinan itu hanya tentang kekejaman semata-mata berdasarkan banyak kes yang berlaku ketika ini.
Tolak ke tepi semua perkara negatif, banyakkan membaca dan melihat kisah perkahwinan orang-orang lama yang mampu bertahan berpuluh tahun lamanya dan hanya berpisah kerana maut.
Ada ramai di luar sana yang hidup mereka diulit bahagia, jadikan mereka sebagai contoh agar keinginan itu kembali tumbuh dalam hati.
Pada masa sama, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, perlu ada sesi perbincangan mendalam tentang peribadi masing-masing dengan pasangan termasuklah melibatkan hal-lain seperti pengurusan kewangan, kesihatan mental dan keluarga misalnya.
Jangan jadi macam kes tular baru-baru ini, seorang isteri tentera yang mengetahui suaminya tiada baki gaji kerana terlalu banyak berhutang hanya selepas setahun berkahwin.
Lain orang, lain kisah hidup masing-masing. Ada yang kurang bernasib baik dapat pasangan jahat, tapi masih ramai yang beruntung kerana hidup bahagia tanpa ada hal-hal menyesakkan dada.
Paling utama, mintalah kepada Dia pasangan yang baik-baik. Diri sendiri juga perlu jadi baik sebelum mahukan yang terbaik. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
jiran aku 40an..belum kawin.. rumah sendiri.. kje kerajaan.. ada 1 mamat nie ajk dia kawin.. dia buat kje wiring, btl2 kn umah camtu.. tp jiran aku xnk sbb x kje tetap.. dia xnk nanti nafkah pn x bg.. dh umur2 camnie.. dia nk happy2.. bkn nk tanggung beban dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Indo yang campak
Malaysia yang kena
lelaki satu dunia kena marah
eh binawe betul cara internet berfungsi. padahal kita aman2 ja laki bini dok kunyah kacang tengok tv. background lagu Didi & friends, budak2 kecik ni tengok sambil main mainan
nak perkahwinan bahagia,
pi la tengok, mintak nasihat, dari pasangan yang dah lama berkahwin, utuh puluhan tahun, sampai ke hari tua. anak, cucu, cicit
yang kau dok takut, takut, pastu dok tengok perceraian.
duda janda tu, bukannya untuk ikutan, tapi jadi pengajaran, dan peringatan.
lagi satu. artis buat perangai, marhaen kena tempias. jilake bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Konklusinya, cari laki orang yg dah stabil hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 28-2-2023 10:58 AM
Konklusinya, cari laki orang yg dah stabil hidup?
Lebih tepat lagi, sila jadi penyondol. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana adaaaa..
Kengkadang akal Allah bg tuh guna lar.
Bila nk belaki pilih la yg bejenis,jgn main sauk asal blaki.
Tkena bila kawen br laki tunjuk his true kaler p la fail cerai tu. Toksah hadap jantan tagune atas sbb asal belaki.
Paling penting rancang kehamilan dek. Jgn keja ko branak je patu dok simpan laki tagune sbb kesian ank² x bebapak. Eh bodo tu namenye.
Pokok pangkal ramai jantan baik².
Pandai² la pilih mane intan mane kaca.
Kawan² aku ada mmg bahagia,yg acah² bahagia,yg bcerai berai,ada yg solo xkawen² sampai skarang.
Tapi life goes on je.
Hidup ni kejam,hati kne kental dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Happy marriage pun ada byk onak duri..sabar..tolak ansur... Berubah demi keluarga.. Dua2 pihak main peranan... Klu 1 pihak je nk berubah 1 lg x mau.. Mmg x jd apa... |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 28-2-2023 10:58 AM
Konklusinya, cari laki orang yg dah stabil hidup?
Nk masuk umah cuci kaki mmg kna mnyondol la kan?
Door number 2 kna susah dulu sama² baru senang sama².
Pilih la nk yg mna satu |
|
|
|
|
|
|
|
ramai lelaki sekarang berharap wang dari bini....kalau dulu dulu lain...bini tak perlu kerja pun... |
|
|
|
|
|
|
|
babelina replied at 28-2-2023 10:33 AM
jiran aku 40an..belum kawin.. rumah sendiri.. kje kerajaan.. ada 1 mamat nie ajk dia kawin.. dia bua ...
Good decision...elok dia senang lenang single, nak pukul beban buat apa...lelaki tu pun stakat kerja ada kerja, ada gaji...bukan kerja tetap. |
|
|
|
|
|
|
|
wiring bukan masyuk ke? tp yg level2 bos la, level2 pekerja biasanya lembam sket tambah sekali pemalas.
|
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 28-2-2023 10:58 AM
Konklusinya, cari laki orang yg dah stabil hidup?
Laki org pun ada risk jugak ..risk dijadikan maid tak berbayar oleh isteri pertama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 28-2-2023 10:53 AM
Indo yang campak
Malaysia yang kena
TIDAK ada perkahwinan BAHAGIA di dunia nan fana ini...
yg ADA cuma perkahwinan itu BERTAHAN sahaja..bertahan SELAMA yg boleh...selagi di IZINkanNYA...
TEDAistilah bahagia di dunia ini..yg cuma ada rasa gembira saja...krn dunia bersifat sementara..gembira itu jua sementara sifatnya
Bahagia hanya ada padaNYA..setelah kita kembali ke kehidupan KEKAL.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ada hanyalah..:
hidup ni gembira @tidak..
perkahwinan ini gembira @ tidak..
perkerjaan ini best ( hepi) @ tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan yang tak nak kahwin tu pasal kerjaya ke atau pasal rupa? Ada gak lelaki nak yang slim cun je...entahlah jodoh masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
ye btl.. baik la happy2.. xyh fikir sapa nk beli beras..
insyaAllah ada la tu rezki dia berjodoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
ye.. lbh kurang gitu la.. klau level bos2 xper la juga..
jiran aku nie mmg mengkaji.. katanya umur 40an..duduk ngn mak dia.. pkai moto jer.. kete pn xde..
kdg htr ank buah g sek.. maknanya byk juga la masa dia terluang.. mn dtg duit nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols sebagai single, tak nak komen suruh mandulkan diri, suruh itu ini. Cuma nak tau mana boleh tgk bidio tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|