CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4589|Reply: 69

Asnaf Buat Perangai, LZS Yang Kena Hentam- 7 Kali Kena Halau Tuan Rumah Sampai Merempat Bawah Jambatan

[Copy link]
Post time 27-2-2023 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memohon agar masyarakat semak sebelum sebar selepas mereka ditohmah sebilangan pengguna media sosial atas dakwaan tidak membantu seorang lelaki asnaf dikenali sebagai Kasturi Cik Din, baru-baru ini.


Sebelum ini tular posting memaparkan lelaki itu yang mendedahkan bahawa dia tinggal di bawah jambatan selepas pihak zakat menghentikan bantuan untuknya.


Demi mengelakkan salah faham serta menghentikan tohmahan, LZS tampil membuat pendedahan bahawa lelaki itu telah menerima bantuan sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini.






"Abang Kasturi Cik Din, kami terus menyalurkan bantuan tanpa menghentikan sebarang jenis bantuan kecuali berkaitan dengan sewa rumah. Dia dihalau dari rumah sewa yang sebelum ini dibayar oleh pihak lain. Kami tidak pasti apa yang telah berlaku.


"Apabila dia berada di bawah jambatan, kami usahakan untuk dapatkan sebuah rumah hasil kerjasamanya seorang pembayar zakat di LZS, dia diberikan rumah dua tingkat. Bagi kami cukup selesa dan berstatus mewah.


"Namun setelah beberapa bulan, pihak komuniti dan masyarakat sekitar mengadu bahawa berlaku ketidakselesaan membabitkan Abang Kasturi. Mereka mohon kerjasama kami untuk minta pindahkannya dari rumah itu ke tempat yang lebih sesuai," dedah wakil LZS menerusi TikTok.







Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan dipindahkan ke sebuah rumah kedai, namun episod lama kembali berulang selepas berlaku kerosakan di tempat tinggal baharunya.


"Kami terus berusaha untuk bantu. Kami tempatkan dia di sebuah rumah kedai dengan sewaannya terus kami bayar. Dalam beberapa bulan, pihak premis memaklumkan nak tamatkan bantuan kerana berlaku sedikit kerosakan di premis itu.


"Kami terus berusaha mencari rumah sewa yang lebih sesuai mengikut keselesaan Abang Kasturi. Daripada satu rumah ke dua rumah, lebih tujuh buah rumah yang kami cuba berbincang dengan pihak pemilik-pemilik rumah sewa.


"Namun ketika mana mereka mengetahui namanya adalah Abang Kasturi, berlaku sedikit kesukaran dan kesulitan. Tidak ada pihak yang ingin memberikan kerjasama sehingga hari ini untuk kami meneruskan bantuan sewa rumah kepada Abang Kasturi," dedah LZS lagi.


Biarpun berdepan pelbagai kesukaran, LZS menegaskan bahawa mereka tidak pernah menamatkan bantuan ke atas lelaki itu serta isterinya yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.


"Kami tidak pernah menamatkan bantuannya kecuali bantuan sewa rumah yang diminta dikeluarkan oleh tuan rumah sendiri. Kami di LZS terus menyantuni Abang Kasturi dengan sebaiknya.


"Kes ini telah kami serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan di bawah Akta Orang Papa 1997 kerana di luar bidang kuasa kami di LZS.


"Kami tidak boleh tamatkan bantuan ini dan kami kesiankan mereka sebagaimana masyarakat kesiankan mereka, kerana Abang Kasturi dan isteri tiada apa-apa.


"Namun yang kami kesiankan apabila kita tak semak apa yang telah disantuni kepadanya dan apa yang LZS dah usahakan kepadanya," ujar LZS lagi.


Menerusi TikTok, LZS juga berkongsi video kunjungan mereka bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pasukan masjid USJ dan Yayasan Wilayah Persekutuan Response Team yang menyantuni lelaki itu pada 17 Februari tahun lalu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 02:22 PM | Show all posts
muka x malu...sihat walafiat tapi lapar duit bantuan zakat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jenis kerosakan.dia buat ni? Gila.lah..
Sebab.kawan.iols.ada juga sewakan pada asnaf..
Pung ada kerosakan juga
Tak jaga rumha TU elok2...
Harey sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:28 PM | Show all posts
Jenis suka rosakkan harta orang ke heols ni? Tak reti bersyukur nak complain macam2. Banyak lagi I nak comment tapi I serahkan pada acik2 forum yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:32 PM | Show all posts
eiii anatnya perangai macam ni. dahla miskin hina pulak perangai masing2. netizen pula tau kecam je tanpa usul periksa. selayaknya la dok bwh jambatan tu kalo dah suka rosakkan rumah sewa. orang mcm ni memang tak tahu bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:35 PM | Show all posts
golongan bermasalah ni....bukan masalah duit tapi tingkah laku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa org satu family? Heols dan wife ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian LZS. Slalu xpasal² kna hentam.
Tringt jaman dewa tumbuk lesung mendonia ummah fesbuk suka tuduh zakat xbuat keja.
Kengkadang wujud bangsa yg xreti bersyukur.
Dh susah,dibantu,tp ungrateful.
Yg xtau pucuk pangkal pepandai 'mengarang' kt medsos.
Mohon masuk neraka.
Eh,melaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 02:39 PM | Show all posts
dah org bagi rumah tu, jaga laa elok2. ada jenis manusia ni tak reti hargai barang org.tambah2 kalau dapat free. memang keja melingkupkan harta. mananya tuan rumah nak tahan. bila rosak, tuan rumah plak asyik nak kena repair. jenis tak reti bersyukur. ka dah laa miskin papa kedana. dah di bagi bantuan, tak reti nak jaga elok2. dasarrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo cmni bkn elok dibantu elok dicerca.. Dh alang-alang asik kena halau pi buat rumah dlm hutan mana-mana sendiri la
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
yg oenerima zakat pun
usahlah menyusahkan org yg menolong

apa masalah kasturi ni sampai org xnak terima? buat bising ke kerosakan ke bahayaka  org sekeliling ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:49 PM | Show all posts
ada sejenis manusia ni mmg xlayak di tolong
sbb malas pastu asik buat masalah... xsedar diuntung dah dibantu buat perangai tu senonoh la sikit.
dah la xnak berubah... degil.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:54 PM | Show all posts
duk bwh jembatan tu kang dikokaknya jambatan tu kang runtuh lak
dh naye ke org awam...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan i dulu pun dpt lzs jugak.. lzs mmg tolong betul2 bila dia dh ok semua terus dia berhenti ambil lzs.. ramai je yg guna lzs betul2 tp ada yg jenis tak bersyukur tak reti nak guna peluang yg ada. Bantuan kat malaysia ni banyak je tp atas diri sendiri jugak nk ubah nasib dan diri. Gituwww
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku nak story jugak ye. Mak aku sewakan rumah kat kampung pada asnaf, tau apa jadi?? Si asnaf yang tak sedar diri ni tebang pokok rambutan beberapa batang tanpa cakap dengan aku yang tuan punya tanah. Si mangkuk ni pi jual batang pokok tu pada orang. So apa ko rasa pada orang asnaf tak sedar diri ni. Aku rasa nak halau aja tau. Jadi aku sangat faham kalau tuan tanah ke tuan rumah tak hingin nak berlembut hati pada orang gini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:06 PM | Show all posts
ammbboiii sihat walafiat tu kott...
balik kg aja la bang... tanam apa2 yang patut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 03:10 PM | Show all posts
hidup jangan menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat sesuai dia duduk bawah jembatan
Kalau bolih hentikan terus bantuan zakat yg diberikan sejak 2015.......8 tahun dah. Tak de inisiatif untuk keluar dari kemiskinan. Menadah je la.  Orang cacat pun berusaha sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 27-2-2023 02:45 PM
Kalo cmni bkn elok dibantu elok dicerca.. Dh alang-alang asik kena halau pi buat rumah dlm hutan man ...

Duduk dlm hutan pun esok2 monyet, gajah, babi hutan pun halau dia pun u go kat dia.  Jenis ala2 simpan janggut sunnah biar org ingat alim belakang kira menyedut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:17 PM | Show all posts
rasanya dia memang sesuai duduk bawah jambatan je kot, tak sesuai nak dibawa bermasyarakat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.842132 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list