CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

'Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu...', pesan TMJ kepada Liridon

[Copy link]
Post time 26-2-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
'Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu...', pesan TMJ kepada Liridon


Liridon Krasniqi adalah pemain tengah JDT yang dipinjamkan kepada pasukan TFC. Gambar kanan adalah hantaran yang dimuatnaik TMJ di laman Instagram.


KUALA LUMPUR: Tindakan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipinjamkan kepada Terengganu FC (TFC), Liridon Krasniqi yang menyatakan sokongan buat pasukan baharunya bagi aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hantaran pemain tengah itu seakan tidak disenangi Tunku Ismail apabila Liridon memuatnaik hantaran ucapan maju jaya itu sebelum pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

"Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya," kata Liridon.

Namun hantaran itu dibalas Tunku Ismail yang mencadangkan supaya rakan sepasukan baharunya membayar gajinya.

"Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu," balas Tunku Ismail.

Bagaimanapun, hantaran terbabit selepas itu dipadam oleh Tunku Ismail termasuk Liridon.

Sebagai rekod, pemain naturalisasi itu tidak dapat diturunkan susulan syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan di mana pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

Pada aksi terbabit, JDT merangkul piala berkenaan menerusi kemenangan 2-0 sekali gus menyamai pencapaian Selangor FC (SFC) dengan lapan gelaran.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... mu-pesan-tmj-kepada

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.127762 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list