CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 1

[Pulau Pinang] Menu Rahmah: Tiada diskriminasi, T20 pun boleh nikmati

[Copy link]
Post time 25-2-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Menu Rahmah: Tiada diskriminasi, T20 pun boleh nikmati


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my





Kepala Batas: Menu Rahmah tidak mendiskriminasikan mana-mana pihak dan juadah yang disediakan mengikut kualiti serta tahap terbaik boleh dinikmati sesiapa sahaja sama ada golongan berpendapatan rendah atau T20.

Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Roziah Abudin berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung pihak yang mengambil kesempatan dengan menawarkan menu berlainan dari syor yang ditetapkan.

Katanya, semua menu yang ditawarkan kualitinya adalah sama dan makanan sentiasa berada pada tahap terbaik yang sesiapa sahaja boleh menikmatinya.

"Menu rahmah ini bukan menyediakan menu lain yang tidak ada standard (piawaian) sedangkan ia adalah menu sama sahaja (yang terdapat di kedai) bezanya ia dijual pada harga RM5.

"Pengusaha makanan yang menawarkan menu ini tidak langsung meminta kad pengenalan atau apa-apa dokumen bagi membuktikan pendapatan seseorang itu yang layak makan menu ini yang ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk golongan T20.

"Dalam hal ini, tiada diskriminasi bahkan pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan. Bagi berpendapatan rendah mereka ada pilihan (untuk berjimat), namun kita tidak halang pihak lain (T20) untuk beli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah Kasih Sayang Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sebuah restoran makanan di Bertam Perdana di sini, hari ini.


ROZIAH (kiri) meninjau sebuah restoran makanan di Bertam Perdana, Kepala Batas yang menawarkan Menu Rahmah. FOTO Nur Izzati Mohamad

Sehingga kini, mengikut pangkalan data Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terdapat hampir 600 pengusaha makanan berdaftar yang melaksanakan menu rahmah di premis mereka di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, pihaknya yakin masih ada pengusaha makanan yang menawarkan menu rahmah namun tidak mendaftarkan diri ke dalam pangkalan data yang disediakan.

"Pelaksanaan program ini adalah secara sukarela dan bergantung kepada keupayaan peniaga, namun kita berharap ramai pengusaha mendaftar kerana kita dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lokasi menu rahmah, termasuk juga membantu peniaga membuat hebahan.

"Semasa pelaksanaan program ini pada awalnya memang terdapat kekhuatiran yang mengatakan ia mendatangkan kerugian tetapi syukur maklum balas yang diterima selepas ia dilaksanakan kewujudan menu rahmah ini menyebabkan premis mereka sentiasa dikunjungi orang ramai," katanya.

Jelasnya, menu rahmah yang ditawarkan juga kini sudah berkembang dan bukan lagi sekadar makanan tengahari serta makan malam.

"Awalnya kita menetapkan hidangan menu rahmah ini terdiri daripada makanan lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayur-sayuran yang ia untuk makanan tengahari serta makan malam.

"Namun, kini definisi menu rahmah sudah berkembang apabila ada hidangan lain seperti roti, manisan bahkan durian juga dijual pada harga rahmah yang menunjukkan bahawa perkataan rahmah bererti kasih sayang telah diterima semua," katanya.




Disiarkan pada: Februari 25, 2023 @ 1:50pm














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2023 04:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054336 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list