CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Perlis] Belanjawan 2023: Projek Pelabuhan Sanglang pacu ekonomi Perlis

[Copy link]
Post time 24-2-2023 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2023: Projek Pelabuhan Sanglang pacu ekonomi Perlis


Oleh Aizat Sharif - Februari 24, 2023 @ 10:57pm bhnews@bh.com.my







KANGAR: Kerajaan Perlis menyifatkan Projek Pelabuhan Sanglang atau Sanglang Integrated Jetty (SIJ) sebagai satu sokongan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan infrastruktur luaran dan sokongan di sekitar kawasan itu.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, ia adalah satu projek kerjasama awam-swasta dan akan mula dilaksanakan tahun ini.

"Alhamdulillah, ia adalah satu projek yang baik bagi menyokong ekosistem persisir pantai daripada hakisan dan kerajaan negeri pohon agar projek ini dilaksanakan segera.

"Projek ini bukan sahaja menyokong pembangunan SIJ tetapi juga akan melindungi kawasan persisir pantai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sokongan dan peruntukan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan hubungan baik juga perlu dijaga.

"Malaysia adalah negara untuk semua dan tidak perlu ada negeri yang tertinggal.

"Pembangunan yang menyeluruh adalah sangat penting bagi mengurangkan migrasi penduduk.

"Malah, rakyat di setiap pelosok negara wajar dapat merasai nikmat pembangunan," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa tumpuan belanjawan tahun ini juga diberikan bagi menyokong projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Perlis.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan membina struktur baharu hakisan pantai antara Kuala Sanglang, Perlis ke Kuala Jerlun Kubang Pasu, Kedah.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062917 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list