View: 3253|Reply: 19
|
Aedy Ashraf kongsi video ‘henyak’ Hafidz Roshdi – “Mana geram tu tengok puas2”
[Copy link]
|
|
Aedy Ashraf kongsi video ‘henyak’ Hafidz Roshdi – “Mana geram tu tengok puas2”
Tindakan pelakon Aedy Ashraf memuat naik sebuah video memaparkan aksinya melakukan sukan tinju dalam sebuah acara boxing mencuri tumpuan pengguna laman Twitter, sejak malam tadi.
Difahamkan, pelakon berusia 30 tahun itu berlawan dengan rakan artis Hafidz Roshdi yang sedang menjadi bualan hangat warganet berhubung isu membabitkan konflik rumah tangganya.
Menerusi rakaman berdurasi 19 saat itu, Aedy dilihat berkali-kali menumbuk pada bahagian muka Hafidz sehingga lawannya terduduk di tepi gelanggang sambil dikawal oleh seorang pengadil.
“Mana yang geram tu tengok puas-puas,” tulis Aedy atau nama sebenarnya, Mohamad Addy Ashraf bin Rosmadi dalam ciapan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata mengaitkan video berkenaan dengan situasi dilalui Hafidz ketika ini apatah lagi kecoh mengenai berita dia menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu.
Terima kasih memahami perasaan netizen
Dah macam drama baru
Sesuai dengan mood netizen
Artis pun memahami perasaan kami…
Terdahulu, media melaporkan Hafidz sah bercerai dengan isterinya menerusi panggilan telefon pada Rabu sebelum menjadi kecoh di media sosial semalam.
Ia selepas timbul dakwaan bahawa pelakon drama Jesnita itu berlaku curang terhadap Nurul Shuhada disebabkan kehadiran orang ketiga bernama Athira Yuhada.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Sumber: Twitter & Instagram Aedy Ashraf
https://ohmymedia.cc/aedy-ashraf ... f9Ucu4AKMHCcFefdY2o
|
|
|
|
|
|
|
|
Aedy memang patut hentam lagi kuat sampai penyek, dah la curang, pendek plak tu... Lemahhhh... Lemah plak tummm |
|
|
|
|
|
|
|
weols dengan @Kurex patut jadi ring girl. weols tenangkan aedy, kurex plak team hafidz. |
|
|
|
|
|
|
|
eeee tak padan dengan nonex gatai tapi badan lembik... itu pun tak mampu tepis...
kalau ganti @Kurex dengan si aedy tu habis di kerjakan yach di atas stage tu terus... segala pose termasuk pose helicopter pun kita dapat tengok... |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 24-2-2023 03:29 PM
weols dengan @Kurex patut jadi ring girl. weols tenangkan aedy, kurex plak team hafidz.
Iols team hafidz roshdi tapi dalam diam menyokong aedy sepenuh hati. Mana tau boleh terisem dgn deols |
|
|
|
|
|
|
|
orang bantut kalu buat body sama cam bonsai ye..turn off sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 24-2-2023 03:32 PM
eeee tak padan dengan nonex gatai tapi badan lembik... itu pun tak mampu tepis...
kalau ganti @Kure ...
Dah tentulah iols guna jurus cengkaman dan tumbukan ari-ari menikam kalbu |
|
|
|
|
|
|
|
HR tu dahla pendek... pastu pakai tutup pusat gitu... lg la terserlah katiknye |
|
|
|
|
|
|
|
Konon nak menutup aurat smpai ke lutut sudah beria pakai legging smpai buku lali |
|
|
|
|
|
|
|
Tak rasa geram pun bukan laki haku pun yg buat pangai
Pandai2 la mereka yg terlibat selesaikan masalah dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn main² benak kata bini jah tinggi sama dgn HR 183cm okay? |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon bukan btl2 tapi ramai netz puas hati hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya buat macam naim (nadhir) belasah azri si perogol budak form two, dalam projek high konsil tu... puas hati betul guwey tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
puanserama replied at 24-2-2023 03:30 PM
aikkkk kemetot je hr ni
Mmg dia renek je... Tinggi lagi diana Danielle dlm raisha |
|
|
|
|
|
|
|
Hafidz Roshdi nampak rilek saja
Hafidz Roshdi
Kuala Lumpur: "Kononnya dia terpaling tenang."
Itu antara komen warganet mengenai hantaran terbaharu Hafidz Roshdi di Instagram yang seolah-olah tidak terkesan apabila menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan talak satu bersaksikan keluarga mereka.
Menerusi hantaran gambar yang dimuat naik dengan berlatarbelakangkan pantai, Hafidz hanya sekadar meletakkan emoji cinta pada ruangan kapsyen.
Lebih mengejutkan, bapa kepada dua cahaya mata itu tidak menutup ruangan komen sekali gus 'menempah maut' apabila menjadi sasaran netizen yang majoritinya tidak menyokong dengan tindakannya itu.
Rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap Hafidz yang seolah-olah menjalani kehidupan seperti biasa walaupun menanggung masalah rumah tangga ketika ini.
"Kuat betul orang bernama Hafidz Roshdi ini. Netizen kutuk macam mana pun dia tetap tidak menutup ruangan komen," tulis seorang netizen.
"Sakit ke bang? Lain macam," komen seorang warganet.
"Selalu kalau kes macam ini orang itu akan diam dulu, tapi ini lain macam dia rajin pula muat naik," tulis seorang netizen.
"Dia buat macam tiada apa-apa eh," kata seorang pengguna akaun.
Terdahulu, Nurul Shuhada mengesahkan jodohnya bersama Hafidz sudah berakhir dan bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai pada 1 Mac ini.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... i-nampak-rilek-saja
|
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 24-2-2023 06:44 PM
Patutnya buat macam naim (nadhir) belasah azri si perogol budak form two, dalam projek high konsil t ...
pakej jerit kuat2 dpn muka hr “ko apa sialllll” mcm fakri kahar slalu jerit..make sure tepat kat dpn muka hr |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 24-2-2023 09:27 PM
pakej jerit kuat2 dpn muka hr “ko apa sialllll” mcm fakri kahar slalu jerit..make sure tepat kat ...
Oh gitu best!!!!! Hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kene tgk full video match tu. Baru puas hati.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|