CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hampir langgar anggota JPJ, kononnya tak tahan ke tandas

[Copy link]
Post time 23-2-2023 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Hampir langgar anggota JPJ, kononnya tak tahan ke tandas


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ADENAN kiri) menunjukkan cukai jalan van pekerja yang ditahan pada Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam Bas Pekerja di JPJ Pulau Pinang, Seberang Jaya di sini. FOTO Danial Saad




Butterworth: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang berdepan detik cemas apabila hampir dilanggar sebuah van dipandu seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada mengelak ditahan.

Bagaimanapun, anggota berkenaan sempat mengelak sebelum suspek warga tempatan berusia lingkungan 40-an berjaya ditahan dalam Op Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam di Jalan Perusahaan Perai, di sini, jam 7.30 pagi tadi.

Siasatan yang dijalankan mendapati pemandu van mempunyai lesen memandu serta cukai jalan yang belum tamat tempoh dan memberi alasan kononnya mahu pergi ke tandas sehingga menyebabkan dia tidak mematuhi arahan untuk memberhentikan kenderaannya.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, ketika ditahan pemandu van itu dalam perjalanan membawa sekumpulan tukang cuci di sebuah kilang dekat situ untuk ke asrama pekerja.

"Kita menahan van itu apabila mendapati kenderaan yang dibawa lelaki terbabit adalah van persendirian yang didaftarkan atas nama individu lain bagi membawa sekumpulan tukang cuci terbabit.

"Dalam pada itu, pemandu juga tidak memiliki Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian bagi tujuan perkhidmatan awam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JPJ di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Dalam operasi membabitkan bas pekerja itu, sebanyak 132 kenderaan perkhidmatan awam diperiksa sebelum mendapati 35 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan sehingga menghasilkan 110 notis saman.

Adenan berkata, sebanyak 17 bas kilang turut disita atas kesalahan pemandu tidak memiliki lesen PSV, cukai jalan dan permit kenderaan tamat tempoh.

"Kita menitikberatkan perkara ini kerana ia boleh mengundang risiko kepada penumpang sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

"Apatah lagi, melalui semakan kita mendapati rata-rata pemandu yang kita periksa dikesan melakukan kesalahan ini berulang kali tetapi masih terus digajikan pihak majikan," katanya.

Operasi itu turut disertai anggota dari Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).




Disiarkan pada: Februari 23, 2023 @ 1:14pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.226605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list