CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 1

[Pulau Pinang] Sekeluarga selisih maut, sempat keluar kereta terbakar

[Copy link]
Post time 23-2-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Sekeluarga selisih maut, sempat keluar kereta terbakar


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 23, 2023 @ 10:37am bhnews@bh.com.my






GEORGETOWN: Sekeluarga melalui detik cemas apabila nyaris terperangkap dalam Perodua Axia yang terbakar selepas terbabas akibat kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga berkenaan diselamatkan dengan bantuan orang awam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Hafiz Hafizal Timaradin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.08 pagi.

"Ketika tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan menyebabkan kereta jenis Perodua Axia itu terbakar. Anggota kemudian melakukan kawalan dan kerja pemadaman api," katanya sambil menambah kebakaran dikawal 12 minit kemudian.

Pasukan penyelamat katanya, dimaklumkan bahawa mereka yang terperangkap dalam kenderaan itu dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

"Seramai empat individu yang menaiki kereta itu diselamatkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba," katanya.

Difahamkan mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami kecederaan.




Kereta Perodua Axia yang dinaiki empat sekeluarga terbakar di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown, awal pagi tadi. - Tangkap layar video tular













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2023 11:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046859 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list