CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 784|Reply: 1

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Keberkahan

[Copy link]
Post time 23-2-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Bisyr bin Adam (cucu Azhar bin As Saman), diceritakan oleh datuknya (Azhar bin As Saman), daripada Ibnu 'Aun, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ya Allah,
berkahilah kami di negeri Syam kami.

Ya Allah,
berkahilah kami di negeri Yaman kami."

Mereka (para sahabat) berkata,
"Dan di daerah Najd kami?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ya Allah,
berkahilah kami di negeri Syam kami.

Dan berkahilah kami di negeri Yaman kami."

Mereka (para sahabat) berkata,
"Dan di daerah Najd kami?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Di sana akan terjadi gempa bumi dan fitnah-fitnah."

Atau Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Darinya akan muncul tanduk syaitan."

(Hadith Tirmidzi no. 3888)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2023 10:15 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Rumh, diceritakan oleh Al Laits bin Sa'd, daripada Ibnu Al Had, daripada Muhammad bin Ibrahim At Taimi,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Thalhah bin 'Ubaidullah,

"Dua orang lelaki daripada Baliy
datang menemui Rasulullah s.a.w.
dan memeluk Islam.

Salah seorang daripada kedua-duanya lebih semangat berjihad
daripada yang seorang lagi.
Kemudian dia pergi berperang
sehingga dia mati syahid.

Sedangkan yang seorang lagi masih hidup
sehingga setahun setelahnya,
lalu dia meninggal dunia."

Thalhah bin 'Ubaidullah berkata,
"Kemudian aku bermimpi seakan-akan
aku berada di pintu syurga.
Tiba-tiba aku berada di sisi kedua-dua lelaki tersebut.

Setelah itu, malaikat keluar dari syurga.
Malaikat itu kemudian mengizinkan lelaki yang meninggal dunia kemudian
daripada kedua-duanya
untuk memasukinya (syurga).
Kemudian ia keluar lagi
dan mengalu-alukan lelaki yang mati syahid.

Lalu malaikat itu kembali kepadaku
dan berkata,
"Kembalilah kamu,
sebab belum saatnya kamu memperoleh hal ini."

Keesokan harinya Thalhah bin 'Ubaidullah menceritakannya
kepada orang ramai.
Mereka pun hairan.
Mereka lalu menceritakannya
kepada Rasulullah s.a.w.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perkara mana yang membuat kalian hairan?"

Mereka menjawab,
"Wahai Rasulullah,
lelaki (yang pertama meninggal) adalah
orang yang paling bersemangat dalam berjihad
daripada yang seorang lagi.
Lalu, dia mati syahid.

Tapi mengapa orang yang lain (lelaki yang meninggal kemudian)
masuk ke syurga
terlebih dahulu daripadanya?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bukankah orang ini hidup setahun setelahnya?"

Mereka menjawab,
"Ya."

Rasulullah s.a.w.  bersabda.
"Bukankah dia mendapat bulan Ramadhan
dan berpuasa?

Dia juga telah mengerjakan solat ini dan itu
dengan beberapa sujud
dalam setahun?"

Mereka menjawab,
"Ya."

Rasulullah s.a.w. kembali bersabda,
"Sesungguhnya,
sangat jauh perbezaan antara kedua-duanya
(dalam kebajikan)
bagaikan antara langit dan bumi."

(Hadith Ibnu Majah no. 3915)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.243026 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list