CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rugi RM200,000, rumah diubahsuai kontraktor warga asing

[Copy link]
Post time 22-2-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Rugi RM200,000, rumah diubahsuai kontraktor warga asing


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Zahidi menampal notis larangan memulakan dan meneruskan kerja-kerja pembinaan selepas melakukan pemeriksaan terhadap pekerja pembinaan ubah suai rumah ketika serbuan di sebuah rumah taman perumahan di Nibong Tebal di sini. FOTO DANIAL SAAD




Nibong Tebal: Seorang pemilik rumah teres dua tingkat di Jawi, di sini berdepan kerugian kira-kira RM200,000 akibat menggunakan khidmat kontraktor warga asing bagi mengubahsuai kediaman yang baru dibelinya.

Ia selepas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang menjalankan operasi dekat situ mengarahkan kerja-kerja pengubahsuaian rumah berkenaan dihentikan dengan meminta pemilik mencari kontraktor warga tempatan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

Selain rumah terbabit, dua lagi kediaman lain yang sedang diubahsuai turut menerima nasib sama berikutan pelbagai kesalahan dilakukan dengan keseluruhannya sebanyak sembilan notis dikeluarkan CIDB ketika menjalankan operasi berkenaan bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), bermula jam 10 pagi tadi.

Pengarah CIDB negeri, Zahidi Hashim, berkata pihaknya menyarankan pemilik rumah yang ingin menjalankan kerja mengubahsuai kediaman melantik kontraktor berdaftar dengan agensi itu bagi mengelak diri mereka berdepan risiko kerugian.

"Seperti dalam operasi hari ini, kita membuka kertas siasatan selepas mengesan kesalahan antaranya tidak memiliki Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), PPK tamat tempoh dan melantik kontraktor warga asing yang ia menyebabkan kerja-kerja pengubahsuaian perlu dihentikan.

"Ini adalah satu kerugian kepada pemilik apabila kerja-kerja mengubahsuai rumah mereka tergendala, terutamanya yang menggunakan khidmat kontraktor warga asing yang ia menyalahi peraturan.

"Bagi hal ini (guna khidmat kontraktor warga asing) pemilik rumah perlu melantik kontraktor baharu yang risiko kerugiannya adalah lebih besar apabila perlu membayar kos tambahan," katanya pada sidang media selepas tamat operasi berkenaan, di sini, hari ini.

Zahidi berkata, kesemua notis yang dikeluarkan dalam operasi itu mengikut Seksyen 25(1) Akta Lembaga Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Pindaan) 2011.

Katanya, mana-mana individu yang melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu tetap meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM100,000.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, pihaknya amat menitikberatkan pemilik rumah supaya memilih kontraktor berdaftar bagi mengelak isu tidak diingini di kemudian hari.

"Sebagai contoh, sekiranya kerja-kerja ubahsuai dijalankan sudah siap mengalami kerosakan dan mereka (pemilik) ingin membuat aduan kepada pihak CIDB, kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana kontraktor yang digunakan pemilik tidak berdaftar," katanya.

Sehingga kini, terdapat seramai 6,250 kontraktor berdaftar yang aktif di negeri ini.






Disiarkan pada: Februari 22, 2023 @ 3:05pm


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2023 04:00 PM | Show all posts


Pengarah CIDB Pulau Pinang, Zahidi Hashim menampal notis larangan memula dan meneruskan kerja pembinaan selepas melakukan pemeriksaan terhadap pekerja pembinaan ubah suai rumah di Nibong Tebal kerana mengupah warga asing. - Foto NSTP/Danial Saad






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046763 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list