CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

Subjek Pilihan Raya, Guru Tak Pengaruhi Pilihan Parti Murid

[Copy link]
Post time 22-2-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek pilihan raya di sekolah tidak mempengaruhi murid-murid terhadap pemilihan parti politik tertentu sahaja.


Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata, kementeriannya (KPM) percaya dengan tahap integriti guru dalam menyampaikan kefahaman mengenai subjek berkenaan.




Gambar hiasan




"Dari segi guru, sama ada akan mempengaruhi (murid) atau tidak, jawapan kami, tidak.


"Kami ada keyakinan kepada para guru dalam PdP Sejarah, dan tugas guru mengajar apa sahaja topik, secara objektif, termasuk pilihan raya.
"Guru telah dididik dengan integriti dan tidak mungkin mempengaruhi murid dari segi kefahaman politik," katanya di Dewan Rakyat hari ini yang dipetik AWANI.


Terdahulu, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) bertanya soalan tambahan berhubung langkah kerajaan bagi memastikan pengajaran topik pilihan raya tidak menjadi medan bagi seseorang guru mempengaruhi minda pelajar dengan sentimen tertentu supaya cenderung memilih satu parti sahaja.


Hui Ying tidak menafikan KPM juga bimbang sekiranya guru-guru tidak memainkan peranan masing-masing.


Begitu pun, jelas beliau, kementerian telah membekalkan bahan-bahan PdP kepada pihak sekolah termasuk dalam bentuk video.


Menteri Pendidikan terdahulu, Maszlee Malik berkata, silibus Sejarah sekolah menengah mendedahkan pelajar dengan amalan demokrasi, termasuk amali kewajipan mengundi. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.125662 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list