CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Saya harap dia pulang tidak lama lagi'

[Copy link]
Post time 22-2-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode
'Saya harap dia pulang tidak lama lagi'


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Siti Nurhasanah (tengah) dan Mohd Nor (dua dari kiri) ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz dan Pengurus Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Georgetown Mohd Asri Mohd Rasid. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Bayan Lepas: Meskipun sudah berganti bulan, nasib lima kru Kapal MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak 1 Januari lalu, masih samar.

Namun, keluarga Mohamad Syafarizan Mohd Noor, 24, masih menaruh harapan bahawa anak sulung mereka akan pulang dengan selamat tidak lama lagi.

Ibunya, Siti Nur Hasanah, 47, berkata, sejak berita kehilangan kapal berkenaan, dia memujuk hati dengan menganggap bahawa anaknya sedang bekerja seperti biasa.

Malah, air matanya sudah tidak dapat ditahan setiap kali diajukan soalan yang sama oleh anak bongsunya mengenai kehilangan Mohamad Syafarizan.

"Dia memang rapat dengan enam adik terutama yang bongsu, Danial (7), dan saya beritahu bahawa abangnya sedang bekerja di atas kapal di Sarawak serta akan pulang selepas selesai kerja.

"Dia juga sudah bertunang dengan gadis pilihan pada tahun lalu dan setiap masa saya berdoa supaya dia pulang dengan selamat serta dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga, " katanya ketika ditemui di Taman Sahabat, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, kapal kargo yang membawa muatan besi paip itu dilapor hilang selepas keluar dari jeti di Perak pada 23 Disember 2022 dan sepatutnya tiba di Sarawak pada 31 Disember tahun lalu.

Lokasi terakhir kapal berkenaan dikesan menerusi sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia iaitu 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor.

Mengulas lanjut Siti Nur Hasanah berkata, anaknya yang tegas dan suka membantu itu memang meminati kerjaya dalam bidang perkapalan dan ia adalah pekerjaan pertamanya selepas tamat belajar.

Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan Mohamad Syafarizan ialah semasa kapal berkenaan berada di Perak dan dia sempat memberitahu bahawa kapal milik sebuah syarikat di Vietnam yang berdaftar di Kuching, itu mengalami beberapa masalah.

"Kami hanya mengetahui kehilangan kapal itu menerusi berita di televisyen pada malam ia dilaporkan tidak dapat dikesan.

"Tiga hari sebelum kejadian, saya berasa susah hati kerana tidak dapat menghubunginya dan bermimpi berlaku rampasan kapal namun hanya menganggap sebagai mainan tidur.

"Tidak sangka selepas itu saya terima khabar mengenai kehilangan kapal dan lima kru berkenaan termasuk anak saya seolah-olah ia benar-benar berlaku," katanya.




Disiarkan pada: Februari 22, 2023 @ 12:35pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.522349 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list