CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3025|Reply: 15

Baru Tingkatan 1 Dah Pandai Sexting Dengan Boyfriend Tingkatan 3 "Bukan Main Tahu Guna Perkataan Horny"

[Copy link]
Post time 22-2-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Seorang guru wanita bimbang dengan kanak-kanak yang sedang menginjak usia remaja kini sudah terdedah dengan imaginasi liar dan lucah.


Luahan itu dikongsi di laman Twitter @AbudiAlsagoff.


"Saya baru dapat tahu yang murid saya (tingkatan 1) dah terlibat dengan sexting (menghantar mesej seksual).


"Boyfriend dia tingkatan tiga. Yang sedihnya ialah, dia tak tahu kenapa benda tu bahaya dan salah. Dunia budak sekarang memang tanpa sempadan," tulisnya di dalam mesej berkenaan.


Tambah guru itu lagi, apa yang membimbangkan dirinya adalah sifat naif sesetengah remaja perempuan yang mungkin mudah terpengaruh, menjadikan perkara tersebut menjadi lebih teruk.




Gambar Hiasan




"Geram juga dengan budak-budak laki yang ambil kesempatan dengan budak perempuan yang nak beralih dari darjah enam ke tingkatan 1 ni.


"Bukan main tahu guna perkataan horny, dan lain-lain. Sumpah sedih dan kecewa gila!


"Lepas ni dia masuk sekolah menengah, tak tahulah apa nasib budak tu," luahnya lagi.


Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, kisah anak muridnya itu dikongsi dengan tujuan membuka mata masyarakat tentang gejala yang kurang sihat dalam kalangan remaja.


Dalam masa yang sama, individu berkenaan menyeru agar golongan pempengaruh media sosial (influencer) yang sering menjadi 'idola' para remaja, untuk menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai perkara tersebut.


"Tolonglah mana-mana influencer yang remaja-remaja ni sebarkan awareness. Mereka sama sekali tak dapat membezakan pemangsa," kongsinya lagi.


Perkongsian kisah tersebut turut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan dengan gejala sosial membabitkan golongan remaja.


"Sebenarnya sexting ni dari dulu pun dah ada. Zaman topup. Sebab tu pentingnya pendidikan seks. Pentingnya tahu siapa melakukan seks di bawah umur dikira statutory rape walaupun dua-dua bersetuju. Penting didik anak lelaki dan perempuan pasal ni. Merisaukan.


"Ketika ini semuanya keterlaluan. Seram bila fikir anak saudara perempuan nanti macam mana. Ibu bapa patut didik anak mereka. Tolong didik anak-anak kita menjadi insan yang baik. Dan diri saya, agar menjadi ibu yang baik kelak.


"Hiburan sekarang pun banyak yang promote soft porn. Kpop fandom, k-drama, drama Melayu, filem, Netflix lagi semua brsepah soft porn. Lepas tu ada yang normalise pula. Ini semua permulaan, benda-benda macam ni pula mudah nak akses di media sosial.


"Mungkin kementerian dah boleh pertimbang perkara ni sebagai isu besar yang terjadi dalam masyarakat kita," demikian antara komen netizen.


Semoga dengan pendedahan ini dapat memberi pengajaran agar ibu bapa lebih mengambil berat perkembangan anak masing-masing supaya mereka tidak terjerumus dalam kegaitan tidak bermoral. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2023 11:53 AM | Show all posts
aiyooo....mak bapak kena pantau hp ank2
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak kalau bagi anak handphone lepas dia SPM je [em:8:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Horny horny lepas tu perut buncit. Jantan wat tak tau. Yg menanggungnya perempuan.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 22-2-2023 01:08 PM

Benda ni dah jadi masa tahun 2007 dulu. Bagi hp kat ank yg baru form 1. Bila tanya kat mak bdk tu nape bagi hp..'mana saya tahu, dah dia yg nak. Dia yg kumpul duit sendiri'. Si anak dah bermama papa dah fon berjahit bermsg2. Anak kene buang sekolah berbulan2 mak pak tak tahu sbb ank tu pegi sekolah mcm biasa tp lepak kat terminal bas. Ckup masa balik cam biasa. Ujung2 perut besar lari dari umah. Yg si mak masih lgi jwpan..'mana saya tahu yg dia mengandung'
Memandangkan ank ni bwh umo. Mak pak lah lah cuai dan tak peduli. Semua 'mana saya tahu' .Bdk2 ni cuma amek kesempatan pd loopholes yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 01:17 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-2-2023 12:58 PM
Horny horny lepas tu perut buncit. Jantan wat tak tau. Yg menanggungnya perempuan.

hahahaha

ini win.. tersangattt betoiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2023 01:24 PM | Show all posts
ini bukan kisah baru... kawan iols cikgu pun pernah cakap hal sama 10-11 tahun lepas.
murid sekolah rendah kat negeri tengah semenanjung dok kat ceruk tengok video porn yang bapak diorang sewa...

pastu takkan tengok tak test kan....?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 04:36 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 22-2-2023 04:52 PM

salah kan parents la yg bodoh pi bagi phone.
anak belum di ajar apa yang betul or salah,
pi bagi kebebasan total.

mak bapak sedang tido,
anak betina buat show bogel dalam bilik dia.
dapat hadiah, duit dan perhatian dari jantan jongos.
suka la dia, hari2 buat show di bigo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2023 04:46 PM | Show all posts
nazurah replied at 22-2-2023 01:24 PM
ini bukan kisah baru... kawan iols cikgu pun pernah cakap hal sama 10-11 tahun lepas.
murid sekolah  ...

betui. kes kitorang, zaman mms. sekitar 2007-2008 gitu. hampir 15 tahun lepas
budak sekolah, perempuan, kantoi hantar gambar bogel dia kat pakwe. senior
pastu senior tu pulak, share dengan kawan2. dah tu, ape lagi. kawan pun satu kepala bodo. sebarkan kat semua orang
malu budak perempuan tu, lepas tu kena pulau satu sekolah, cikgu2 pun join sekaki perli dia hari2

balak dia, senior tu, anak ustazah. haaaa. jilake bukan. yang ketuai bacaan yaasin setiap hari Jumaat, tapi mintak gambar bogel gf.
tapi bila kantoi, kawan dia yang sebarkan tu kena tempias. dia buat bodo, kekal femes dan suci murni di mata semua orang

pandai buat, pandai tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 04:48 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 22-2-2023 04:50 PM

deleted. salah thread da.



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 05:10 PM | Show all posts
mak bapak dah bagi phone kena laa rajin belek. bukan terus bagi without limits
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 10:36 PM | Show all posts
nazurah replied at 22-2-2023 01:24 PM
ini bukan kisah baru... kawan iols cikgu pun pernah cakap hal sama 10-11 tahun lepas.
murid sekolah  ...

Video porn! Terus I teringat dulu mungkin lebih sedekat atau lebih yg lalu seorang cikgu terpasang video lucah dlm kelas.. Dia pasang lepas tu keluar kelas ke cemana, yg budak2 dah tenguk byk baru dia sedar. Siapa ingat kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:42 AM | Show all posts
sesuai la netizen pun ramai dok ingat sex education tu mengajar cara berjimak.

budak2 ni kena bgtahu apa yg boleh apa yg tak boleh.

akak dgn laki dua2 sekolah asrama mmg dah decide takkan hantar anak sekolah berasrama separuh ke penuh ke bior la duduk bawak ketiak mak sampai masuk U.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak la yg patut ajar sex education ni dari kecil... tapi budak sekarang memang advance pun... kita cuma mampu pesan, nasihat je la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 08:37 AM | Show all posts
normal la tu budak2 skrg mmg cpt matang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:00 AM | Show all posts
bdk2 zaman skrg...fuhh....kita kena doa byk2 la supaya anak2 kita hati lembut nk dgr ckp kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.210187 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list