CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 4

Individu Dakwa Penerbit Mat Kilau Hutang RM150,000 Akan Disaman! "Ada Bukti Dia Bukan Pemilik Tanah"

[Copy link]
Post time 22-2-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Penerbit Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Abdul Rahman Mat Dali mendedahkan individu menuduh pihaknya berhutang sebanyak RM150,000 bukan pemilik tanah yang menjadi set penggambaran filem berkenaan.


Abdul Rahman, 63, sebaliknya berkata, individu tersebut hanya memegang status pemilikan tanah berkenaan hanya selepas penggambaran filem itu selesai dijalankan.


Dakwanya, hal tersebut dapat dibuktikan melalui carian pemilikan tanah di Kampung Padang Marhum, Lambor Kanan, Perak yang menyatakan tanah itu di atas nama individu berkenaan pada 29 Julai 2019 manakala penggambaran selesai pada Februari tahun sama.










"Kami menafikan bahawa individu berkenaan adalah pemilik bagi sebuah tanah di set penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.


"Malah individu tersebut hanya memegang status pemilikan tanah yang dijadikan set penggambaran pada 29 Julai 2019 sedangkan seluruh penggambaran filem selesai pada Februari 2019," katanya.


Sebelum ini, individu tersebut mendakwa pihak Studio Kembara gagal melunaskan tuntutan bayaran berjumlah RM150,000 bagi perkhidmatan penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set penggambaran, katering dan penginapan sepanjang penggambaran filem itu.


Menerusi satu temu bual, individu itu turut meluahkan rasa kecewa apabila pihak penerbit gagal melunaskan janji mereka sedangkan filem tersebut meraih kutipan cemerlang di pawagam iaitu sebanyak RM100 juta.


Dalam pada itu, Rahman menegaskan pihaknya tidak pernah membuat apa-apa binaan untuk tujuan penggambaran di atas tanah tersebut.


Katanya, individu tersebut juga tidak mempunyai hak menuntut sebarang bayaran malah pihaknya telah memberikan sejumlah wang sebanyak RM3,000 sebagai kos sewa jeti.


"Dakwaan binaan dibuat atas tanah individu itu juga tidak benar kerana binaan berbentuk jeti dibuat di atas tanah rezab sungai.


"Dia tidak mempunyai apa-apa asas untuk menuntut bayaran mahupun imbuhan daripada kami. Malah, pihak subkontraktor Studio Kembara ada memberi RM3,000 kepadanya sebagai kos sewa jeti kerana menganggap dia adalah pemilik tanah tersebut yang kemudian disahkan tidak benar," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2023 10:32 AM | Show all posts
hakak pun dah awal2 hagak scammer jah pun...

sekarang ni scammer di mana2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 11:23 AM | Show all posts
Scammer maksuk neraka jahanam puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 11:25 AM | Show all posts
boring la benda  yg sama jer ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 08:47 AM | Show all posts
kahkah kahkah apebendala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.276815 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list