View: 2008|Reply: 26
|
Angkut Pelancong Selama 25 Tahun Sampai Bengkok Tulang Gajah
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Seekor gajah kelihatan cacat setelah menghabiskan masa lebih 25 tahun dalam industri pelancongan di Thailand,.
Difahamkan ia terpaksa mengangkut sehingga enam pelancong pada satu masa.
Thaiger melaporkan gajah bernama Pai Lin itu kini tinggal di pusat menyelamat hidupan liar terbesar di Thailand di mana ia boleh berkeliaran tanpa dirantai dan bebas menikmati alam semula jadi.
Foto: WFFT
Beberapa gambar menunjukkan keadaan tulang belakang Pai Lin yang sepatutnya membulat dan melengkung secara semula jadi tetapi menekuk dan tenggelam akibat beban kerja yang berulang.
Perubahan bentuk fizikal itu kebiasaannya berlaku ke atas gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong, demikian menurut Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT).
WFFT mengeluarkan gambar Pai Lin bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana gajah menderita apabila menjadi sebahagian daripada industri pelancongan.
Gajah digunakan untuk ‘trekking’ sering menghabiskan sepanjang hari dengan mengangkut mahout (pengendali), kumpulan pelancong dan howdah (tempat duduk) yang berat.
Tekanan berterusan pada badan gajah boleh merosakkan tisu dan tulang belakang, sekali gus mengakibatkan kerosakan fizikal yang tidak dapat dipulihkan. Belakang badan Pai Lin mempunyai parut kesan daripada titik tekanan yang lama.
Pengarah Projek di WFFT, Tom Taylor berkata: “ Walaupun gajah terkenal dengan kekuatan dan saiznya, punggungnya tidak direka secara semula jadi untuk menanggung beban berat kerana tulangnya yang memanjang ke atas.
“Tekanan berterusan pada tulang belakang gajah daripada pelancong boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, seperti yang boleh dilihat pada Pai Lin,” jelas Taylor.
Disifatkan sebagai ‘moyang’ tempat perlindungan gajah WFFT, Pai Lin kini berusia sekitar 71 tahun. Ia telah diselamatkan oleh WFFT pada 2007.
Terdapat kira-kira 3,000 gajah domestik di Thailand yang kebanyakannya bekerja dalam industri pelancongan atau pembalakan. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
aku pi hatyai mmg tak nak naik gajah
kesian tengok dorang pukul2 suruh jalan ada sampai luka
korang pi siam jgn la naik gajah |
|
|
|
|
|
|
|
dah nampak uzur sgt2 gajah tu |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 22-2-2023 10:07 AM
aku pi hatyai mmg tak nak naik gajah
kesian tengok dorang pukul2 suruh jalan ada sampai luka
korang ...
Semoga mereka ni ditempatkan ditempat khas dalam lubang neraka yach |
|
|
|
|
|
|
|
Allah.. bila tengok ni masih adakah yg tergamak tunggang gajah2 tu? Sama juga dgn rimau yg disentuh2 tu..rimau normal xdenya korang boleh buat gitu kecuali sesuatu sangat la dorang dah buat kat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu kesiannya...hentikan haiwan sebagai hamba pelancongan...cukup2 lah tu...sedihhhh nyerrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
kasihannya pai lin..
semoga dia gembira kat pusat penyelamat tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku klu gi thailand takdenya nak naik gajah ni setakat aku donate bagi makan je..kesian tengok..dorang pukul2 gajah tu dgn sejenis kayu ke besi ke apa ntah la..dan aku tengok sendiri gajah yg buat perangai ataupun naik minyak ni dorg tambat jauh sikit then biar dia kt situ..seriau aku tengok dgn suara dia kuat sangat masa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya, jangan la sapot |
|
|
|
|
|
|
|
manusia mmg bodoh dan kejam..boikot je la siam,kan dah byk kes dera haiwan sblm ni semata2 nak hiburkan pelancong |
|
|
|
|
|
|
|
Work related injury / ergonomics is REAL |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ya pun tukar/lah gajah2 tu kasi rotate...takkan tak ada gajah pengganti atau gajahh simpanan mcm main bola tu...buat naya binatang kesian...mrk jugak punya hati dan perasaan...kalau gajah tu jumbo pemilik dia bimbo... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Sepatutnya ada pihak yang pantau benda2 macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
aduu kesian dia...saya pun sekarang ni cepat tersentuh kalau nampak anjing ka monyet ka terus terfikir...diorang ni dah makan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dikerah tenaga sampai bengkok badan dia. Kesianlah gajah ni. Tiada lah daya dia nak mengadu. Semoga gajah ini terbela nasibnya selepas 25tahun diperah tenaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya maksimum 3 org je boleh naik utk satu satu masa |
|
|
|
|
|
|
| |
|