CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Siasat juga Panama Papers, Paradise Papers yang didedahkan sejak 2015' - CAP

[Copy link]
Post time 21-2-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode
'Siasat juga Panama Papers, Paradise Papers yang didedahkan sejak 2015' - CAP


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 21, 2023 @ 4:31pm bhnews@bh.com.my




Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, mahu siasatan perlu merangkumi individu dan syarikat Malaysia yang sudah dinamakan dalam pendedahan lebih awal menerusi Panama Papers pada 2015 dan Paradise Papers pada 2016. - Foto fail NSTP




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas akaun rahsia di tempat perlindungan cukai (tax haven) milik rakyat Malaysia seperti didedahkan dalam Pandora Papers.

Bagaimanapun, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, mahu siasatan itu juga perlu merangkumi individu dan syarikat Malaysia yang sudah dinamakan dalam pendedahan lebih awal menerusi Panama Papers pada 2015 dan Paradise Papers pada 2016.

Katanya, pada 2015, Panama Papers mendedahkan bahawa 2,300 individu dan entiti Malaysia menyembunyikan wang di tempat perlindungan cukai luar pesisir (offshore).

"Pada 2016, Paradise Papers pula mendedahkan cara syarikat multinasional dan individu kaya raya memindahkan wang dari sebanyak 19 tempat perlindungan cukai bagi mengelak atau menghindari cukai.

"Apakah alasan mereka menyembunyikan wang itu dan apakah sumber kewangannya? Laporan yang dibentangkan itu mendedahkan bahawa banyak syarikat luar pesisir adalah entiti 'palsu' yang terbabit dalam mengelak atau menghindari cukai, manipulasi pasaran dan pengubahan wang haram.

"Juga termasuk 'round tripping' atau mengambil wang yang tidak dicukai keluar dari negara melalui invois yang melambung dan kemudian membawanya kembali sebagai pelaburan, menempatkan wang hitam, rasuah dan lain-lain lagi," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohideen berkata, CAP pernah menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat aliran keluar aset kewangan dari Malaysia ke akaun rahsia di tempat perlindungan cukai, yang memberi kesan buruk kepada ekonomi.

"Justeru, kami sekali ini mengulangi gesaan supaya kerajaan menubuhkan RCI kerana siasatan oleh agensi tidak mencukupi untuk menangani isu ini.

"RCI mesti mengenal pasti kelemahan dalam undang-undang dan institusi kita yang membolehkan aliran keluar wang haram dan membuat cadangan bagi mengukuhkan rangka kerja institusi perundangan dalam menangani masalah itu," katanya lagi.

Mohideen berkata, CAP juga mahu siasatan turut membabitkan kerjasama negara lain dan melakukan perkongsian automatik maklumat kewangan merentas sempadan.

Katanya, penerima manfaat individu utama sesuatu syarikat, amanah dan yayasan perlu didedah kepada awam dan pelaporan demi negara untuk syarikat multinasional juga perlu dilakukan.

"Juga perlu dilakukan unitari dengan pembahagian formula bagi menghindar perbuatan mengelak cukai.

"Perlu ada sistem bagi mengenal pasti, membendung dan mengurangkan salah harga pindahan oleh syarikat yang sengaja melambungkan kos mereka dan mengecilkan keuntungan melalui urus niaga dalam syarikat," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.538392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list