CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

Banduan Cungkil, Makan Mata Sendiri Buat Rayu Elak Hukuman Mati

[Copy link]
Post time 21-2-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Seorang banduan akhir memohon belas ihsan mahkamah untuk mengelakkan hukuman mati di Texas.


Metro.co.uk dipetik Harian Metro melaporkan, peguam Andre Thomas berhujah bahawa anak guamnya yang berusia 39 tahun itu mempunyai sakit mental kronik untuk dihukum mati dalam tempoh kurang sebulan iaitu pada 5 April.


Thomas membunuh isteri, Laura Boren, bayi perempuannya, Leyha yang berusia 13 bulan dan anak lelaki mereka, Andre, 4, sebelum merobek hati dua anaknya itu ketika dia berusia 21 tahun pada 2004.




FOTO menunjukkan Andre Thomas sebelum dan selepas mencungkil matanya. FOTO AP





Thomas berkata kepada polis, 'Tuhan mengarahkannya untuk melakukan pembunuhan itu dan percaya ketiga-tiga mangsa adalah syaitan'.


Pada perbicaraan, juri menolak pembelaan mengenai tahap mentalnya, manakala pendakwa raya menegaskan dia mengetahui perbuatannya adalah salah dan memburukkan lagi keadaan mentalnya adalah kerana penggunaan dadah.


Dia menghabiskan 15 tahun di sebuah unit di selatan Houston untuk banduan paling sakit mental di negeri itu.


Semasa di dalam penjara di Sherman, lima hari selepas penahanannya, Thomas mencungkil salah satu matanya.


Lima tahun kemudian, dia mengirek sebelah lagi matanya yang tinggal dan memberitahu pegawai penjara bahawa dia sudah memakannya.


Peguamnya berkata, lelaki itu mula mendengar suara aneh ketika berumur sembilan tahun dan percubaan pertamanya membunuh diri berlaku ketika berumur 10 tahun.


Mental Thomas yang dipenuhi dengan khayalan agama dan halusinasi menjadi lebih teruk apabila dia semakin tua dan keluarganya tidak dapat membantunya.


Berikutan sejarah penyakit mentalnya yang berpanjangan, pasukan undang-undangnya bersama lebih 100 pemimpin agama dan puluhan profesional kesihatan mental meminta Gabenor Greg Abbott dan Lembaga Pengampunan dan Parol Texas untuk meringankan hukumannya kepada penjara seumur hidup atau memberikan penangguhan hukuman.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list