View: 1149|Reply: 1
|
[Dunia]
77 perhiasan kuno Kemboja dipulangkan semula
[Copy link]
|
|
77 perhiasan kuno Kemboja dipulangkan semula
Emas dan kepingan logam berharga itu terdiri daripada mahkota, rantai, gelang, tali pinggang, anting-anting dan azimat dan dihasilkan semasa zaman praAngkor dan Angkor. - Foto Ihsan Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja
PHNOM PENH: Sebanyak 77 barangan kemas kuno Kemboja yang hilang telah diserahkan kembali ke Kemboja oleh keluarga mendiang pengumpul barang antik Douglas Latchford dari Britain.
Menurut kenyataan media Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus, emas dan kepingan logam berharga itu terdiri daripada mahkota, rantai, gelang, tali pinggang, anting-anting dan azimat dan dihasilkan semasa zaman praAngkor dan Angkor.
Barangan itu tiba di Kemboja pada Jumaat lepas, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut kenyataan itu sebilangan daripada khazanah yang belum pernah dilihat sebelum ini, disiarkan dalam buku Khmer Gold: Gifts of the Gods, yang dikarang bersama oleh Emma C. Bunker dan Douglas A.J. Latchford (2008).
Sebanyak 77 barangan kemas kuno Kemboja yang hilang telah diserahkan kembali ke Kemboja oleh keluarga mendiang pengumpul barang antik Douglas Latchford dari Britain. - Foto AP
Koleksi yang dipulangkan itu, tambahan kepada artifak batu dan gangsa lain yang sebelum ini dipulangkan Britain pada September 2021.
Menteri Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, Phoeurng Sackona berkata, keamanan dan kestabilan politik memberi peluang kepada Kemboja untuk mendapatkan semula khazanah yang tidak ternilai itu yang dirompak daripada kerajaan semasa perang beberapa dekad lalu.
"Pemulangan khazanah negara ini membuka era baharu pemahaman dan ilmu mengenai empayar Angkor dan kepentingannya kepada dunia," katanya.
Sackona turut meminta individu, muzium dan institusi lain di seluruh dunia yang memiliki artifak Kemboja supaya memulangkannya.
Sebanyak 77 barangan kemas kuno Kemboja yang hilang telah diserahkan kembali ke Kemboja oleh keluarga mendiang pengumpul barang antik Douglas Latchford dari Britain. - Foto AP
"Kami menganggap pemulangan itu sebagai tindakan yang mulia, yang bukan sahaja menunjukkan sumbangan penting kepada budaya negara, bahkan turut menyumbang kepada perdamaian dan pemulihan rakyat Kemboja yang melalui dekad perang saudara," katanya.
Pada 18 September 2020, keluarga Latchford bersetuju untuk memulangkan keseluruhan koleksi barangan antik Kemboja selepas rundingan selama tiga tahun, menurut kementerian itu. – BERNAMA
Sebanyak 77 barangan kemas kuno Kemboja yang hilang telah diserahkan kembali ke Kemboja oleh keluarga mendiang pengumpul barang antik Douglas Latchford dari Britain. - Foto AP
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... -dipulangkan-semula
|
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt2 tgk brg2 lama & bersejarah |
|
|
|
|
|
|
| |
|