CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 1

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Nafi Jadi Pak Turut TMJ

[Copy link]
Post time 20-2-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan badan induk itu dikawal atau menjadi 'pak turut' pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan, Tunku Ismail tidak pernah mengawal FAM mahupun dirinya dalam membuat sebarang keputusan mengenai bola sepak negara.




Foto: Harian Metro




Malah Hamidin berkata, hubungan beliau dengan Tunku Ismail seperti seorang kawan karib yang sentiasa mendengar dan memberi cadangan serta pendapat bagi memajukan bola sepak tempatan.


"Hubungan saya dengan Tunku Ismail macam kawan rapat. Tunku Ismail tak pernah arahkan saya untuk buat keputusan menyebelahi pihak tertentu.


"Tunku Ismail selalu tanya pandangan saya dalam bola sepak dan beliau juga tidak lokek berkongsi pandangan dan cadangan yang bernas.


"Kalau ada orang kata FAM dikawal pun tak betul. Sebaliknya Tunku Ismail selalu ambil berat tentang bola sepak dan banyak membantu pasukan kebangsaan.


"Apa orang nak kata itu terpulang kepada mereka, kita tak boleh nak tutup mulut semua orang," katanya kepada Arena Metro.


Sebelum ini FAM sering menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan yang mendakwa badan induk itu cuba dikawal oleh Tunku Ismail.


Malah, ada juga yang mendakwa Tunku Ismail umpama 'tangan ghaib' dalam mencatur pemilihan pemain skuad Harimau Malaya pada setiap kejohanan antarabangsa disertai. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 08:36 AM | Show all posts
elelelelelelelelelellelelellelelelelellelelelelel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list