Intan Najuwa bertunang lagi? bakal suami berstatus Datuk
DALAM diam-diam pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang lelaki berstatus Datuk.
Menurut sumber, majlis pertunangan mereka berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Sumber turut memaklumkan lelaki berkenaan turut mengikuti rombongan aktres tu ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah pada Januari lalu.
Intan dikatakan bakal berkahwin tahun ini. "Tidak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang barunya ada pangkat Datuk. Majlis bertunang baru ni diadakan secara tertutup," katanya Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, sebelum ini pernah bertunang dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019.
Bagaiamanpun hubungan mereka tidak bertahan lama dan Intan sendiri memaklumkan tiada persefahamanan antara dia dan bekas tunangnya itu. mStar cuba menghubungi pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu untuk pengesahan namun panggilan dan pesanan WhatsApp tidak mendapat respons. Jika benar berita gembira ini mStar mengucapkan tahniah namun jika ia sekadar cerita gosip, semoga Intan bertemu jodoh dengan individu yang terbaik.
|