CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 4

Shikin Maembong derita masalah saraf pada muka

[Copy link]
Post time 20-2-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Shikin Maembong derita masalah saraf pada muka


Shikin Maembong


Kuala Lumpur: "Cantik macam ni mesti tak setia. Itu yang biasa saya dengar," kata kakak pelakon popular Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Namun, di sebalik wajahnya yang cantik itu, ramai yang tidak tahu, Shikin juga mengalami masalah saraf yang menyerang bahagian muka iaitu Bell's Palsy sehingga mukanya senget sebelah.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shikin berkata, dia disahkan mengalami masalah saraf iaitu Bell's Palsy sejak 12 tahun lalu.

"Macam-macam treatment (rawatan) yang saya sudah buat tapi hanya sembuh pada tahap ini.

"Honestly (secara jujurnya), sekarang baru saya confident (yakin) untuk bercerita mengenai Bell's Palsy ini," tulisnya.

Dalam perkongsiannya lagi, kata Shikin, dia hanya berdiam diri walaupun ramai yang mengata dan mencerca wajahnya yang senget itu sebelum ini.

"Tak kurang juga yang 'screenshot' muka saya yang senget itu untuk dijadikan bahan ketawa.

"Tapi takpa lah, saya sudah maafkan pun," tulisnya.

Menurut Shikin, dia tidak menyedari dirinya mengalami masalah saraf iaitu Bell's Palsy terbabit kerana semuanya berlaku secara tiba-tiba.

"Ia berlaku secara tiba-tiba ketika saya mahu bersarapan pagi. Antara simptomnya, muka saya berasa kebas, mulut senget sebelah, tak boleh makan atau minum dan mata terbeliak sebelah tak boleh tutup," tulisnya.

Bagaimanapun kata Shikin, dia masih belum berputus asa dan berikhtiar untuk sembuh sepenuhnya dari penyakit terbabit.

"Allah maha besar, miracle can happen (keajaiban akan berlaku) jika kita tidak lupakan dia, Insya-Allah, doakan saya," tulisnya lagi.

Sementara itu, perkongsian Shikin itu mendapat maklum balas positif warganet dan ramai pengikut yang mendoakan kesembuhannya.

"U still look awesome (awak masih nampak hebat) Mind to share the simptoms (boleh kongsi simptoms) sekarang ni macam-macam penyakit," komen pengikutnya.

"Be strong dear (kuatkan semangat) Biarlah yang nak mengutuk tu. 'Atleast' (sekurang-kurangnya) kita happy (gembira) dengan diri kita sendiri dan berani tampil walaupun tak perfect (sempurna). Love yourself (sayangilah diri)," komen seorang lagi pengikutnya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... lah-saraf-pada-muka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang cakap dia cantik? Siapa??
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:53 PM | Show all posts
bankerpencen replied at 20-2-2023 06:11 PM
Siapa yang cakap dia cantik? Siapa??

bagi iols dia cantik je, cuma bukan kategori cantik gila

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo.pastu yg adik ka abang depa yg sntiasa ats wheelchair tu mmg lahir2 dh cmtu ka? Saraf tunjang cedera ke cmna. Tp mmg fmili maembong ni akrab penuh kaseh sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok dah dia kawen dengan cepriz cerai pula, kawen cerai now single balik. Apapun semoga bahagia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.341766 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list