CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2453|Reply: 25

Hanyut Selama Lebih 30 Jam-Lelaki Terdengar Azan Di Tengah Laut, Dikelilingi Ikan Besar, Nampak Cahaya Dari Langit Melintas

[Copy link]
Post time 20-2-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki bertahan hanyut di tengah laut selama lebih 30 jam dengan hanya  berpaut pada sebuah tong minyak berwarna putih.


Kisahnya bermula apabila bot yang dinaikinya untuk memancing karam setelah dipukul ombak di perairan Karambunai di Kota Kinabalu, Sabah, pada 25 Januari lalu..


Selepas dua hari dan satu malam, dia berjaya ditemukan dan diselamatkan oleh kru Kapal KD Sundang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Sepanggar.


Mengimbas kembali detik-detik cemas itu, lelaki berkenaan, Meris Dulin berkata, pada hari kejadian dia keluar untuk memancing bersama anak sulung dan anak saudaranya.




Foto: mStar




"Kami keluar selepas subuh, pada mulanya ombak tidak begitu besar. Tiba-tiba langit bertukar mendung, jadi gelap. Saya beritahu mereka untuk pulang, patah balik.


"Tiba-tiba keadaan gelombang besar, masuk dalam air dan kami terbalik. Mereka sempat pakai jaket keselamatan dan saya minta mereka untuk berenang selamatkan diri," katanya kepada mStar.


Dalam keadaan laut bergelora, hujan dan ribut sepanjang malam, lelaki berusia 64 tahun itu hanya mampu berserah kepada Allah SWT dan mengharapkan keajaiban.


"Ketika itu, saya tak tahu hala tuju... hidup atau mati, saya fikir jika ajal datang di laut, apa boleh buat, saya terima takdir Allah.


"ada tong yang sempat dibuangkan minyak itu saya berpaut. Ketika itu juga, beberapa batang gigi patah sampai berdarah dihentak bot ketika laut bergelora.


"Saya telan darah tanpa menjatuhkan setitik pun ke laut kerana tidak mahu mengundang bahaya yang mungkin menarik perhatian ikan-ikan besar," ujarnya yang berasal dari Tuaran, Sabah.




Foto: KD Sundang




Dalan keadaan lemah, menurut Meris, tangannya masih kuat berpaut pada tong namun kaki mulai rasa kebas dan kejang.


"Sepanjang malam saya tak tidur. Kalau tertidur pasti akan tenggelam. Daya dan kekuatan kaki untuk mengapungkan badan mulai hilang," katanya yang sebelum ini merupakan nelayan dan menjadikannya sebagai sumber rezeki keluarga selama kira-kira 40 tahun.


Bapa kepada empat anak itu juga tidak menyangka berdepan dengan kejadian luar biasa apabila mendengar laungan azan di tengah lautan.


"Saya yakin dapat mendengar laungan azan itu berulang kali dengan begitu jelas. Saya dengar 'Allahuakbar, Allahuakbar' berulang kali.


"Saya fikir betapa besar kuasanya Allah. Saya yakin berada jauh dari tepi pantai, dengan bunyi ombak dan angin, masih dapat mendengar laungan azan secara jelas.


"Subhanallah, saya tidak mimpi malam itu. Saya sedar dan dapat mendengarnya... patutlah apabila ada orang hilang kita berusaha juga dengan melaungkan azan," ujarnya lagi.


Bukan setakat itu, Meris mendedahkan sebelum laungan azan, dia terlebih dahulu berdepan dengan kehadiran makhluk yang sangat besar mengelilingnya.


Namun kerana mata mulai pedih ketika itu, dia tidak dapat melihatnya dengan jelas tetapi yakin makhluk tersebut adalah seekor ikan besar.




Foto:kd Sundang




"Saiznya mungkin hampir sebesar sebuah bas. Saya sambut dengan doa dan berzikir. Saya tidak takut, hanya fikir jika makhluk itu adalah 'kiriman' Allah untuk menjaga saya.


"Walaupun tidak berapa jelas, saya juga dapat melihat satu cahaya dari langit yang melintas di kepala saya, dan cahaya itu seakan 'berpecah' dan masuk ke laut dengan pantas," katanya.


Meris berkata, perasaannya bercampur baur saat diselamatkan oleh kru kapal KD Sundang, malah berasa sangat sebak di dada.


"Rasa bersyukur dan gembira. Pada masa sama, sedih kerana meninggalkan laut mengenangkan kejadian luar biasa yang saya lalui. Tengok laut, saya menangis tak berhenti.


"Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali diimbas kembali, saya menangis... bersyukur kepada Allah kerana masih beri peluang untuk saya terus hidup," katanya.


Dimasukkan ke hospital selama empat hari untuk menerima rawatan, Meris kini pulih sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan bersama keluarga di Tuaran.


"Nasihat saya, jika cuaca tidak baik dan keadaan tidak menentu, harus berjaga-jaga untuk ke laut. Jangan lupa Allah SWT kerana Dia yang beri perlindungan," katanya.


Terdahulu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dilaporkan berkata, mangsa, Meris Dulin, 64, berjaya ditemukan pada pukul 1.30 petang pada 26 Januari lalu, di kedudukan 5.5 batu nautika barat Tanjung Gaya setelah pencarian memasuki hari kedua.


Menurut beliau, dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai berdekatan.


"Mangsa seterusnya diselamatkan oleh KD Sundang dan dibawa ke Jeti Pangkalan TLDM Sepanggar untuk rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera TLDM Sepanggar," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni barulah certified badass.

Btw, harap cerita2 heols tu betul2 terjadi, bukannya halusinasi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:46 AM | Show all posts
Alhamdulillah selamat. Teringat pulak movie Life of Pi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu yg kita tengok movie & baca2… cahaya tu simbolik malaikat maut nak ambik nyawa… means makaikat maut tak jadi nak ambik nyawa nelayan ni? atau otw nak ambik nyawa org lain yg ada kat laut tu jugak? oh sorry kalau ayat2 ni macam teruk sgt bunyi nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
yg dh selamat tu tak pegi tlg cari balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:03 AM | Show all posts
Tak de la jauh tengah laut, baru 10km from Tanjung Gaya, so that might have explained dengar bunyi azan.  Lagi satu cahaya dari langit melintas is probably lightning above the clouds.  Anyway, syukur pakcik dah diselamatkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
30jam hanyut x hypothermia ke?
Kengkadang dlm keadaan gitu bole berhalusinasi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuasa Allah dan pengalaman jadi nelayan 40 tahun bantu atuk ni bertahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 10:28 AM | Show all posts
Edited by blue_blur at 20-2-2023 10:33 AM
Samerosie replied at 20-2-2023 10:03 AM
Tak de la jauh tengah laut, baru 10km from Tanjung Gaya, so that might have explained dengar bunyi a ...

10km tu bru....... tak pernah lagi seumur hidup, kalau lepak kat stadium shah alam, dengar azan dari masjid ss15 subang dengan jelas ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:37 AM | Show all posts
dasyat...agaknya berapa umur dia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:37 AM | Show all posts
Samerosie replied at 20-2-2023 10:03 AM
Tak de la jauh tengah laut, baru 10km from Tanjung Gaya, so that might have explained dengar bunyi a ...

Ye.. I thought ada baca dia ckp sebab sunyi dan arah angin (boleh ke) yang bawak bunyi azan pada dia..
In a way mcm Allah nak bagi kekuatan pada dia la..
Yang pentingnye, mmg bukan ajal dia lagi.. so takde maknanye malaikat maut dah turun tapi tak jadik amik nyawa dia.. (at least itu yang aku percaya ahh)
Anak dia dgn anak buah dia selamba boleh berenang ke tepi.. berapa KM tu (dia ditemui lebih kurang 9 km dari pantai kan) dengan ombak besar bagai.. nasib baik boleh agak/nampak darat.. buatnye berenang ke tengah.. mampuih..

As for ikan besar bas tu, ada je, mcm ikan paus, tapi ade ke ikan paus besar bas kat Sabah.
Masa tu pun dah berapa jam dalam air, kita punye badan dan otak pun dah melayang.. nak fikir pun dah takde tenaga kot..

Nasib baik kena kat Malaysia, air tak sejuk, kalau jatuh kat tempat air sejuk mmg confirm tak boleh tahan lama, kena hypothermia.. kalau betul2 sejuk, tak sampai sejam dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:39 AM | Show all posts
blue_blur replied at 20-2-2023 10:28 AM
10km tu bru....... tak pernah lagi seumur hidup, kalau lepak kat stadium shah alam, dengar azan dar ...

Oklah oklah, jin laut islam yg bang.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:40 AM | Show all posts
maybe beliau berhalusinasi sebab lapar dahaga tak bermaya..
maybe juga keajaiban..
tapi cerita ikan besar tu i takut..
i phobia mandi sungai dengan laut..
berani kat tempat lingkat je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:40 AM | Show all posts
popular bapa kau asri meris anthony
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:41 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 20-2-2023 09:46 AM
Alhamdulillah selamat. Teringat pulak movie Life of Pi.

dan jgk cast away masa paus hembuskan air tu seolah2 nk kejutkan tom hanks, ada kapal dh dekat tu

mmmmmmm love both movies
2 filem ni yg klu tertengok, mmg melekat smpi habis


anyway, syukur pak cik selamat
all the details yg heols cerita could have happened or just halusinasi sbb badan dh terhidrat, sejuk terendam dlm air terlalu lama

dain iskandar said blh la filemkan cerita pak cik ni
masukkan elemen drama (for sure), faith (bila berhadapan dlm situasi genting, then u start to questioning),
pertembungan fantasi + realiti (the details part yg pakcik tu nmpk di air dan di langit > mn 1 yg real, mn 1 yg sekadar bayangan, buatkan penonton open to think and accept which 1 they want)
this is going to be epic!!!!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:31 AM | Show all posts
Ikan besar tu teringat aku ceta Cast Away ke apa kalau tak silap yg ikan bapak besar tu lalu je sebelah dia. Shit... I kenot! Aku memang takut dgn laut dalam. Dengan imaginasi liar aku ni. Misteri laut belum terungkai bai. Tak mustahil apa yg pakcik tu nampak betul dgn izin-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Pakcik selamat pulang ke pangkuan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Michaela:still don't believe in miracles?
Ben          :God's a catchall for things people don't understand.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cite ditimang gelombang - ghazali ngah azia. Penulis temuramah nelayan yg survive utk siapkan buku tu. Lecturer marin iols cite, dulu ada nelayan negara mana tah yg survive kat tgh laut. Pihak navy siap bagi pangkat utk dia disebabkan pengalaman dia berjuang di tengah laut.


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:56 AM | Show all posts
tompie replied at 20-2-2023 10:37 AM
Ye.. I thought ada baca dia ckp sebab sunyi dan arah angin (boleh ke) yang bawak bunyi azan pada d ...

Area situ ada garoupa tak?  Masa muda2 dulu rajin gi snorkelling kat pulau2 east coast.  Ada seekor ikan besar setengah size badan iols dok beranang dgn ikan2 yg kitarang dok bagi roti ni.  Mamat bot resort yg bawa kitarang tu kata tu giant garoupa.  Masa tu jenis ikan2 pun tak reti lah, so ber ohhhh sajalah.  Kalau tau aku tangkap buat bbq.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.152094 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list