CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 1

[Pulau Pinang] Media Prima rai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, 21 rakan strategik

[Copy link]
Post time 19-2-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Media Prima rai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, 21 rakan strategik



Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Februari 19, 2023 @ 8:13pm bhnews@bh.com.my




Ahmad Fuzi menerima cenderahati daripada Syed Hussian (kiri) pada Majlis Minum Petang SereniTea, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Media Prima Berhad (Media Prima) menganjurkan Majlis Minum Petang SereniTea, hari ini, bagi menghargai jasa Kerajaan Pulau Pinang bawah pimpinan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, dan 21 rakan strategiknya yang sekian lama memberi kepercayaan kepada konglomerat media serta hiburan terkemuka negara itu.

Antara rakan strategik yang diraikan di Seri Mutiara, di sini, ialah Tenaga Nasional, II-VI Malaysia Advance, Pacific Inter-Link, Atomy Malaysia, Western Digital, KL Bock, Penang Development Corporation, UDA Holdings, Universiti Sains Malaysia, Pak Mat Western dan Venture Corporation Limited.



Syed Hussian (kiri) menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. - NSTP/MIKAIL ONG

Turut diraikan ialah MMC Penang Port, Penang Halal International, Amanah Ikhtiar Malaysia, Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Exim Bank, Sugar Gold Sdn Bhd, ISE Solutions (M) Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Pulau Pinang.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, berkata pihaknya berbesar hati dengan sokongan rakan strategik yang memberi kepercayaan apabila memilih untuk menempah pengiklanan melalui platform Media Prima, terutama sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, tahun lalu.



Majlis Minum Petang SereniTea di Seri Mutiara, Georgetown, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG

Pada majlis itu, Syed Hussian turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, yang juga merupakan sebahagian daripada hasil pelaburan iklan rakan strategik Media Prima sempena sambutan bersejarah berkenaan.

"Kami di Media Prima komited untuk meneruskan perkhidmatan media kami kepada Kerajaan Pulau Pinang dan syarikat-syarikat di sini dengan capaian penonton tertinggi di negara ini melalui semua platform media kami.

"Insya-Allah, marilah kita terus berganding bahu dan menikmati manfaat kerjasama ini untuk melangkah jauh hadapan," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Turut berangkat hadir ialah Ahmad Fuzi bersama isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, selain Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Effendi Omar.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2023 10:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.552823 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list