CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Pulau Pinang] Biar ibu bapa pelajar tanggung ganti rugi - CAP

[Copy link]
Post time 19-2-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Biar ibu bapa pelajar tanggung ganti rugi - CAP


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN Harian Metro.




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan perbuatan sekumpulan pelajar sekolah menengah di Seberang Perai Selatan (SPS), dekat sini yang merosakkan kemudahan sekolah adalah satu tindakan keganasan akibat pengaruh filem.

Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis NV Subbarow berkata, merosakkan bilik darjah sekolah adalah satu bentuk keganasan dan ibu bapa patut mengecam tindakan biadap pelajar berkenaan.

Selain itu, tindakan berkenaan juga menimbulkan rasa malu dalam kalangan guru dan pelajar yang lain.

"Keganasan ini juga dilihat seperti adegan ganas dalam filem yang mengajar mereka bersikap kurang ajar sehingga pelajar tidak ingat bahawa sekolah adalah seperti tempat ibadat," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Subbarow berkata, video perbuatan itu yang tular di media sosial memaparkan tindakan vandalisme pelajar berkenaan dilakukan dengan gembira.

Katanya, ibu bapa pelajar yang prihatin perlu memikul tanggungjawab terhadap perbuatan itu yang menimbulkan keburukan dan titik hitam dalam sektor pendidikan.

"Pihak pengurusan sekolah tidak sepatutnya mengeluarkan belanja (bagi memperbaikinya) dan ia perlu menjadi pengajaran," katanya.

Menurut Subbarow, CAP juga menyokong hukuman dengan membabitkan mereka dalam khidmat masyarakat.

"Berhenti sekolah atau melaporkan kepada polis boleh memusnahkan masa depan dan kemahiran mereka sebaliknya, cara bagi memberi pengajaran adalah menerusi khidmat masyarakat.

"Daripada menghalau pelajar yang merosakkan bilik darjah itu, lebih baik mereka membaiki barangan yang rosak dengan perbelanjaan daripada ibu bapa," katanya.

Tular dua video masing-masing berdurasi 28 saat dan 58 saat di media sosial memaparkan beberapa pelajar bertindak menendang pintu bilik darjah dan tandas sehingga pecah serta merosakkan kerusi malah mereka turut dilihat merosakkan kipas sambil bergelak ketawa.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan, pelajar itu akan dibabitkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Keputusan itu dibuat selepas pihak sekolah memanggil murid yang terbabit bersama waris mereka bagi membincangkan isu berkenaan.






Disiarkan pada: Februari 19, 2023 @ 3:24pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.193007 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list