CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6295|Reply: 125

[Tempatan] Kabinet setuju anak lahir di luar negara yg berbapakan non-Malaysian, secara automatik dapat kerakyatan

  [Copy link]
Post time 18-2-2023 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Syukur alhamdulillah..thank you kerajaan Msia kerana merealisasikan impian thousands of Malaysian mothers yg inginkan anak2 oversea-born mereka mendpt kewarganegaraan Malaysia


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwindengan pasangan bukan warganegara.
Keputusan dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam setelah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman dalam satu kenyataan bersama semalam.
Mengulas hal itu, menteri terbabit berkata, keputusan dibuat sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki serta menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di negara ini.

Kerajaan juga komited mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan yang timbul selain mahu menyelesaikan lambakan kes tertunggak bagi wanita yang terkesan yang memohon kewarganegaraan anak mereka, melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan tidak munasabah.
Keputusan itu sekali gus memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan tafsiran berbeza dari mahkamah.

"Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan Kementerian Dalam Negara (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Kabinet, kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.
"Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan 'bapanya' dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan 'sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya' bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan.

"Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 seterusnya dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen ini, setelah memenuhi kehendak undang-undang.
"Kesan daripada keputusan hari ini (semalam) adalah anak yang lahir di luar negara sebelum atau selepas Hari Malaysia yang mana sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia, berhak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan," kata menteri berkenaan.
Pada masa sama, Saifuddin dan Azalina berkata pindaan yang lain berkaitan kewarganegaraan terutamanya Bahaigan III akan dikaji dengan lebih terperinci oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah KDN.
Jelasnya, perkara itu akan dibentangkan Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan berkenaan dimuktamadkan dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak berkepentingan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita paling bermakna hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 08:44 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Ni baru dinamakan keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah kpd ibu bapa luar negara yg berharap

Good  news indeed
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Amalina Che Bakery tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti Dr Amelina tak sabar nak daftarkan anaknya sebagai warganegara Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2023 09:04 PM | Show all posts
So anak-anak mereka ni boleh dapat dual citizenship?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 18-2-2023 09:04 PM
So anak-anak mereka ni boleh dapat dual citizenship?

Umur 18 lah kan pilih nk mana satu? Takleh dua2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole la pompuan meleis becky keturunan nnti yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak pembangang ehh pembangkang jadi kera jaan, malaysia bolehland jadi malaysia bolehla
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setau aku dulu sbnrnye mmg boleh tapi ko kene register perkahwinan dan anak ko dgn kedutaan malaysia kt negara masing-masing kan? Bukannya kerakyatan tu boleh diberi secara automatik
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 09:50 PM | Show all posts
Good news untuk mereka yang nak citizens
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alahai at 18-2-2023 10:08 PM
annehuda replied at 18-2-2023 09:25 PM
Setau aku dulu sbnrnye mmg boleh tapi ko kene register perkahwinan dan anak ko dgn kedutaan malaysia ...


Dulu kalau bapa malaysian, mak warga asing, anak lahir kat mana pun dan daftar dgn kedutaan dpt la kerakyatan utk anak tu.
Dan kalau mak malaysian bapa warga asing, untuk dptkan kerakyatan utk anak tu, si ibu wajib balik ke malaysia utk lahirkan anak tu barulah sianak akan dpt kerakyatan malaysia. Ramai wanita malaysia yg lahirkan anak kt luarnegara dan sianak tu x dpt kerakyatan .Yang ni la mereka berkenaan dok perjuangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 10:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lerrr tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2023 11:50 PM | Show all posts
white_musk replied at 18-2-2023 08:59 PM
Mesti Dr Amelina tak sabar nak daftarkan anaknya sebagai warganegara Malaysia

Hope so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2023 11:56 PM | Show all posts
penmerah replied at 18-2-2023 08:53 PM
Alhamdulillah tahniah kpd ibu bapa luar negara yg berharap

Good  news indeed

Ada yg dah meninggal pun dalam memperjuangkan hak dia sbg seorang ibu dan warga Malaysia..ni grup Family Frontiers

06 Jun 2022, 11:15pm

PETALING JAYA: A Malaysian mother’s wish to obtain citizenship for her four children was cut short in March after she succumbed to complications after surgery.

Sabeena Syed Jafer Hussain Zaidi, 61, had spent the past 14 years fighting on her own to obtain citizenship for her two sons and two daughters.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2023 12:02 AM | Show all posts
annehuda replied at 18-2-2023 09:25 PM
Setau aku dulu sbnrnye mmg boleh tapi ko kene register perkahwinan dan anak ko dgn kedutaan malaysia ...

Kalau x silap, kena lahirkan di Msia baru dpt auto citizenship..kalau lahir di oversea kena hantar application utk jadi warga...ada yg accepted, ada yg rejected dan ramai yg masih menunggu bertahun2 lamanya..so law baru ni akan memudahkan these mothers yg x dpt balik melahirkan di Msia jika pilihan mereka utk anak2 adalah Msian citizenship

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 18-2-2023 11:56 PM
Ada yg dah meninggal pun dalam memperjuangkan hak dia sbg seorang ibu dan warga Malaysia..ni grup  ...

Sedihnya
Begitu perjuangan para ibu demi anak2
Walau tak tercapai masa hidup tapi tahniah Dan terima kasih kpd arwah serta ibu bapa Yang lain Tanpa jemu berjuang utk hak ini

Tahniah semua Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow!! Good news for single moms yg balik Malaysia. Tak susahkan mereka untuk dapat benefits sama mcm Malaysian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.063901 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list