CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki ditahan bersama 70 kg ketum

[Copy link]
Post time 18-2-2023 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki ditahan bersama 70 kg ketum


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my




BUNGKUSAN cecair disyaki air ketum yang dirampas susulan serbuan di sebuah pondok di Jalan Bharu, di sini. FOTO Ihsan PDRM.




Balik Pulau: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sebanyak 70 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah pondok di Jalan Bharu, di sini, hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi kenyataannya, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu pondok itu serta menahan lelaki berusia 46 tahun yang menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat memproses air ketum.

"Polis turut menemukan sebanyak 120 liter cecair disyaki air ketum yang sudah siap diproses selain peralatan bagi memproses cecair itu.

"Keseluruhan rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM3,900," katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah diminta hubungi bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi Aplikasi Messenger.




Disiarkan pada: Februari 18, 2023 @ 6:57pm














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2023 07:38 PM | Show all posts




Pondok di Jalan Bharu, Balik Pulau yang diserbu polis hari ini, disyaki tempat memproses air ketum, hari ini. - FOTO IHSAN PDRM
pic : kredit BH





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052974 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list