CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Pulau Pinang] Program empowerNCER bantu tingkat sosioekonomi rakyat

[Copy link]
Post time 18-2-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Program empowerNCER bantu tingkat sosioekonomi rakyat

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN18 Februari 2023 03:58pm

Ramasamy (duduk, dua dari kanan) bergambar bersama peserta yang mengikuti Program empowerNCER di Taman Kimsar, pada Sabtu.




BUTTERWORTH - Kerajaan Pulau Pinang memuji usaha yang dijalankan Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) melalui Program empowerNCER: Latihan Kemahiran dan Keusahawanan untuk masyarakat B40 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, usaha itu bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan malah mampu meningkatkan sosioekonomi rakyat.

Menurutnya, program empowerNCER yang dijalankan ini selari dengan inisiatif Penang2030 dalam membasmi miskin tegar dan mengurangkan jurang ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan penduduk.

"Program seperti ini amat penting bukan sahaja ia memberi peluang kepada golongan B40 mengikuti kursus yang ditawarkan secara percuma malah ia sekali gus dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu dalam bidang keusahawanan.

"Dengan latihan yang diberikan, selepas ini mereka boleh menjana pendapatan sama ada bekerja dari rumah atau mengusahakan perniagaan secara dalam talian atau mendapat penempatan pekerjaan yang lebih baik sekali gus menyokong ekosistem dan keperluan bakat oleh pelabur," katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas merasmikan hari terbuka empowerNCER Seberang Perai Tengah, di Taman Kimsar pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pejabat Negeri NCIA Pulau Pinang, Nurul Saidatul Nadia Zulkifli, Eksekutif Kanan NCIA Pulau Pinang, Hanita Hassan dan wakil Profesional Knowledge Center yang juga Pengarah Projek empowerNCER Pulau Pinang dan Perak, Selva Nagappan.

Melalui program ini, pelbagai kursus yang ditawarkan seperti kursus jahitan dan fesyen, seni gaya rambut dan penjagaan diri, pengeluaran makanan sejuk beku, pertanian hidroponik dan penternakan.




Turut disediakan kursus konfeksionari, bakeri dan seni kulinari, pengurusanacara dan pendawaian elektrik industri.

Terdapat juga kursus-kursus moden seperti masakan retort, pendawaian optik dan kuprum, penanaman cendawan dan sebagainya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045789 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list