CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Perlis] Tolak rasuah, bentuk integriti sejak di bangku sekolah

[Copy link]
Post time 18-2-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Tolak rasuah, bentuk integriti sejak di bangku sekolah





oleh   NURUL HIDAYAH HAMID18 Februari 2023 02:33pm






Nor Halmey (tengah) menyampaikan ceramah kepada murid SK Seri Perlis sambil disaksikan Guru Besar SK Seri Pantai, Muhammad Hafiz Zainudin dan barisan pentadbir dan guru pada Selasa lepas.



KANGAR - Pendidikan rasuah dan kesedaran integriti perlu dilakukan lebih awal bagi mendedahkan masyarakat termasuklah kanak-kanak mengenai bahaya rasuah semenjak dari bangku sekolah lagi.

Ketua Pasukan Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya amat bersesuaian dalam membentuk peribadi diri kanak-kanak sejak kecil.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Perlis memberitahu, golongan lain berkemungkinan agak sukar untuk diberi kesedaran mengenai pencegahan rasuah disebabkan telah besar dan dewasa.

"Disebabkan itu, kita perlu memberi pengetahuan mengenai rasuah dan integriti sejak awal bagi mendidik mereka supaya amalan rasuah dapat dibasmi sejak dari bangku sekolah.

"Inisiatif berkenaan penting bagi memastikan mana-mana golongan terlibat tidak terjerat dengan sebarang amalan rasuah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah Nor Halmey, beliau menyifatkan memberi pendedahan tentang rasuah sejak peringkat sekolah merupakan satu usaha terbaik dalam membentuk budaya antirasuah dan mempromosikan integriti.



Kira-kira 120 murid SK Seri Perlis mendengar ceramah berkaitan rasuah dan kerjaya.





Sebelum ini, katanya, seramai 120 murid tahun 4, 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis diberi ceramah dan motivasi dalam sesi bertajuk 'Pengenalan kepada rasuah dan integriti serta bagaimana ia mampu meningkatkan self esteem, self motivation dan self confidence dalam diri pelajar'.




Menurutnya, murid sekolah terbabit bukan sahaja memberi sambutan tentang ilmu yang dikongsikan dalam ceramah dan motivasi anjuran unit bimbingan dan kaunseling sekolah di bawah guru kaunselor iaitu Laila Razmi, malah amat memahami apa yang cuba didedahkan kepada mereka terutamanya dalam menolak amalan rasuah.

"Alhamdulillah, pihak saya telah mendapat banyak permintaan untuk ceramah dan motivasi berikutan kejayaan sesi perkongsian pengalaman dan ilmu dilakukan bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis kepada murid SK Seri Perlis pada Selasa lepas.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, pihaknya bersedia untuk masuk ke lebih banyak sekolah selepas ini demi memberi penerangan dan pendedahan berkaitan budaya antirasuah kepada murid sekolah ini.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list