CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 4

[Pulau Pinang] Identiti pelajar rosakkan harta sekolah dikenal pasti

[Copy link]
Post time 18-2-2023 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Identiti pelajar rosakkan harta sekolah dikenal pasti


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



FADHLINA ketika sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Nibong Tebal, di sini. FOTO Mikail Ong




Nibong Tebal: Identiti sekumpulan pelajar merosakkan harta sekolah yang tular di media sosial sudah dikenal pasti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan perbuatan vandalisme serta keganasan yang dilakukan pelajar terbabit.

Katanya, pihak sekolah berkenaan sudah mengenalpasti identiti pelajar terbabit dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Perkara ini (kegiatan vandalisme) berada dalam pengetahuan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tindakan pertama sekolah adalah memanggil anak-anak ini (pelajar) dan ibu bapa mereka untuk siasatan.

"Berdasarkan video tular itu, saya tidak fikir ia satu perkara yang sepatutnya berlaku dan kita memang tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan.

"Untuk hal ini, bimbingan dan kaunseling juga difikirkan perlu diberikan kepada pelajar terbabit," katanya ketika diminta mengulas berhubung video tular memaparkan perbuatan vandalisme yang dilakukan sekumpulan pelajar berkenaan, di sini, hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita ketika hadir pada Majlis Bantuan Awal Persekolahan Kawasan Ahli Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Nibong Tebal, di sini, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan semalam.

Menerusi video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau meminta orang awam tidak menularkan video itu dan menurunkannya dengan segera bagi menjaga serta memelihara identiti pelajar serta sekolah terbabit.

"Saya harap perkara ini tidak ditularkan dan berharap semua pihak dapat menurunkan video terbabit supaya kita dapat memberikan tumpuan untuk pemulihan kanak-kanak ini, khususnya kaunseling kepada mereka," katanya.

Ketika ditanya berhubung kegiatan vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah menjadi budaya, Fadhlina berkata, ia bukan suatu budaya sebaliknya wujud perkara lain yang mendorong pelajar itu bertindak sedemikian.

"Saya tak fikir itu budaya dan tak wajar pun dijadikan budaya. Dalam hal ini, saya fikir ada perkara lain yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan itu," katanya.



Disiarkan pada: Februari 18, 2023 @ 12:54pm














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2023 03:12 PM | Show all posts
Sekolah jalankan siasatan pelajar lakukan vandalisme

18 Februari 2023 02:34pm






Tular di media sosial rakaman video sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah, pada Sabtu.




NIBONG TEBAL - Pihak sekolah telah memulakan siasatan terhadap video tular sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang bertindak 'meraikan' penggal terakhir persekolahan dengan merosakkan pelbagai peralatan dan kemudahan sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kumpulan pelajar terlibat dalam kegiatan vandalisme itu telah dipanggil oleh pihak sekolah bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

"Pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menyedari sepenuhnya kejadian itu, dan saya juga telah bercakap dengan pegawai PPD mengenai perkara tersebut, siasatan lanjut dan terperinci berhubung perkara tersebut sedang dijalankan oleh pihak sekolah.

"Pertama, tindakan pihak sekolah adalah memanggil pelajar dan ibu bapa mereka untuk siasatan dan mungkin memberi bimbingan dan kaunseling, yang saya fikir penting kerana apa kita lihat (dalam video tular), ia adalah sesuatu tidak sepatutnya berlaku.

"Kami tidak akan berkompromi dalam sebarang tindakan vandalisme dan keganasan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada program sumbangan awal persekolahan oleh syarikat Nationgate kepada lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di SJKT Nibong Tebal, di sini pada Sabtu.

Terdahulu, tular satu video di media sosial beberapa pelajar dilihat menendang pintu sehingga pecah dan merosakkan kerusi sekolah malah mereka juga turut dilihat merosakkan kipas dan bergelak ketawa.

Dua video berdurasi 28 dan 58 saat itu turut mendapat reaksi negatif netizen di media sosial yang menyifatkan tindakan pelajar-pelajar terlibat tidak mencerminkan didikan diajar di sekolah.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berharap semua pihak agar segera berhenti berkongsi video tular itu bagi melindungi identiti pelajar terlibat dan pihak sekolah.




"Oleh itu, saya harap semua orang dapat menurunkan video yang tular (di media sosial mereka) supaya kita dapat memberi perhatian kepada pemulihan pelajar,” katanya.

Ditanya mengenai nasihatnya agar tindakan sedemikian tidak dijadikan budaya, Fadhlina berkata, beliau tidak menganggapnya sebagai budaya dan berpendapat ada perkara lain yang menyebabkan pelajar-pelajar tersebut melakukan sedemikian.

"Tetapi kita akan siasat secara terperinci, Pegawai PPD ada di sini dan perkara itu dalam pengetahuannya serta beliau memantau dengan teliti, proses yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar terlibat dalam kejadian tersebut.

"Jadi saya tidak fikir ini adalah budaya dan tidak sepatutnya dijadikan budaya untuk mana-mana sekolah. Apa yang kita mahukan ialah budaya ABC iaitu 'anak baik dan cerdik'," katanya. - Bernama




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2023 10:07 PM | Show all posts
Murid rosakkan harta benda akan sertai khidmat komuniti


Zanariah Abd Mutalib
am@hmetro.com.my



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.




Kuala Lumpur: Murid yang bertindak merosakkan harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang pada hari akhir sesi persekolahan, semalam, akan dibabitkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihak sekolah memanggil murid yang terbabit bersama waris mereka, hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.

JPN negeri itu berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian itu dan akan memastikan ia diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.

"Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan, semalam.

Menerusi video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas.

JPN Pulau Pinang berkata, nilai kerugian kerosakan harta benda berkenaan sedang dalam siasatan.

Katanya, JPN Pulau Pinang memandang serius sebarang salah laku, termasuk vandalisme dan gangsterisme membabitkan murid sekolah di negeri ini serta sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru dan murid diberi perhatian.

"Pihak pentadbir sekolah di semua peringkat sering diingatkan untuk mengambil langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.

"Kempen hentikan vandalisme dan pelan tindakan yang komprehensif akan dipergiat supaya selari dengan tujuh teras Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya.

Pada masa sama, ia turut mengingatkan portal yang menyiarkan video berkenaan tanpa menutup muka murid supaya memadamnya kerana ia bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.




Disiarkan pada: Februari 18, 2023 @ 9:58pm














Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2023 10:09 PM | Show all posts
hanya nk cakap  p a d a n  m u ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2023 10:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053508 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list