CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maritim Malaysia tahan lima warga Myanmar guna pukat tunda, rampas 300kg hasil tangkapan

[Copy link]
Post time 18-2-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 18-2-2023 12:11 PM

Maritim Malaysia tahan lima warga Myanmar guna pukat tunda, rampas 300kg hasil tangkapan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 18, 2023 @ 11:28am bhnews@bh.com.my



Lima kru warga Myanmar ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan permit sah bagi menangkap ikan. NSTP/Ihsan Maritim Malaysia






GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, semalam, menahan bot nelayan tempatan yang dikendali lima kru warga Myanmar di perairan ini, kerana tiada pengenalan diri dan permit sah bagi menangkap ikan.

Mereka ditahan agensi berkenaan ketika melakukan rondaan rutin Op Pertiwi dan Op Tanjung pada kedudukan 42.3 batu nautika barat laut Pulau Kendi, di sini, jam 10.30 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, terdahulu bot nelayan kelas C itu dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendali tekong dan empat kru warga Myanmar berusia antara 23 hingga 42 tahun.

"Selain tiada surat kelulusan bertulis atau permit kerja yang sah, mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diminta.

Bot dikendali lima kru warga Myanmar yang ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan permit sah bagi menangkap ikan. NSTP/Ihsan Maritim Malaysia




"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Abd Razak berkata, bot dan kesemua kru ditahan termasuk 300 kilogram (kg) hasil laut yang dirampas dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung sebelum diserah kepada pegawai penyiasat.

"Ada segelintir pengusaha atau pemilik bot yang masih degil menggunakan pendatang tanpa izin (PATI) bagi bekerja di atas bot mereka walaupun amaran dan tangkapan sudah dilakukan sebelum ini," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list