View: 4367|Reply: 35
|
Mengaku Masih Sayang, Bekas Tunang Tak Jadi Jumpa Bapa Anju
[Copy link]
|
|
Perancangan bertemu bapa bekas tunangnya, Zarina Anjoulie, terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dimaklumkan.
Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Jumaat berkata, dia sepatutnya bertemu dengan bapa Zarina atau Anju pada Jumaat namun terdapat halangan yang membuatkan pertemuan itu tidak kesampaian.
"Saya ingat nak jumpa bapa dia pada 17 Februari tapi ada rintangan. Saya tak nak kongsi apa rintangan dia, tapi saya berserah kepada Allah SWT. Manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan," katanya dipetik mStar.
Mengakui masih lagi mempunyai hati dengan aktres berkenaan walaupun tiada jodoh untuk bersama.
Khazrul turut menyifatkan Zarina seorang wanita yang baik, malah pelakon itu sentiasa bertakhta di dalam hatinya.
"Anju (panggilan Zarina) baik. Dia sangat baik. Dia saya letak nombor satu dalam hati saya. Mak Pova nombor satu, dia pun nombor satu dalam hati saya.
"Dua-dua sebelah kanan ada, sebelah kiri ada. Yang dah lepas biarkan lepas, nak buat macam mana," jelasnya.
Katanya, dia sudah memujuk dan berbincang dengan Anju, namun menyerahkan urusan jodoh mereka kepada takdir selain merasakan mereka sama-sama perlu muhasabah diri atas kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Saya sudah pujuk, dia pun ada hubungi saya. Saya pun cakap dengan dia secara lebih mendalam, dia pun sama. Cuma kena muhasabah diri dululah.
"Kalau ada jodoh nanti, kalau dia tak kahwin lagi... manalah tahu, saya kahwinlah dengan dia. Buat masa ini, dia kena belajar kesilapan. Saya kena belajar kesilapan," ujarnya.
Dia juga sempat menjelaskan sudah tidak dapat berhubung dengan Zarina mungkin disebabkan nombor telefonnya sudah disekat.
"Kalau jodoh tak ke mana sebab kami pun sudah berkawan baik. Kami tidak mahu putuskan silaturahim. Saya ada mesej dia, tapi tak lepas.
"Mungkin ada tidak kena dengan WhatsApp atau pun dia sudah cut (sekat). Mungkin dia merajuk kot," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata org utara...mampuih pi la kat hgpa... |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah apa2. Dah tua2 memasing bercinta mcm budak2...gaduh sikit perang mulut... Pastu nk berbaik salam2 tgn tunjuk kosong-kosong... Tak pamham lamsom |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jumpa sebab Anju dh move on, tak larat nak layan org tua sangkak ni lagi. Go anju go |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang bethol. Move on, Anju. Happykan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah jenihnya jantan yg tak ade adab dn akhlak. Heboh berjanji beritau netizen nak ngadap orang tua Anju, tapi mungkir tanpa alasan. Anju hanya dipermainkan serta beri harapan kosong lgi palsu. Janji sebegitu je pun tak mampu nak tunaikan. Jantan mcm tu ke Anju nak sandarkan harapan, nak dijadikan imam dlm rumahtangga. Mcm tak je...... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pova nombor 1? Bukan kah sudah bercerai dan warning jangan ganggu hubungan anju dengan heols ritu |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 17-2-2023 07:57 PM
Mak pova nombor 1? Bukan kah sudah bercerai dan warning jangan ganggu hubungan anju dengan heols rit ...
Kan chuols? Dua tiga kali meols ulang baca takut salah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 17-2-2023 08:41 PM
kes samsol-ps-ankkazar
bila-alip-sofiah al-barkbh
anju-ybhg datuk seri bcinta btunang gaduh
hafizrshdi-wifey-pihakketigapergisurau
baru prthghan feb tuan2 puan2
netjemletih
#semakkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Good day! Interesting information. Thank you. |
|
|
|
|
|
|
|
Camtu rupa nya hati lelaki. Ada ruang kat kiri kanan atas bawah. Patut boleh kawen 4 |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh si binatang tua ni. Tah sapa tah yg suruh update kisah percintaan dia. Apa dia ckp, apa si bibir selipar ckp. Ada org tanya ke?? Kecoh lah. Kesah pulak aku nak tau apa berita terkini hiburan sensasi korang. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya no.1
sana sini kiri kanan no.1
buaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
anju memang tak pandang rupa betul naaa... |
|
|
|
|
|
|
|
eh hanatnya statement org tua nih! bekas bini pun kau nak bekas tunang pun kau nak.. ini yg dia sendiri declare ... yg dia tak declare tak tau kat mana ruang lg dia letak .. kiri kanan hati dah full house katanya .. mungkin kat buah pinggang 1 & 2? lutut kiri & kanan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai org tua ni gaslighting.
At its finest. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan mak pova dah kena talak 3 tak salah hari tu dia ada cakap suruh move on? |
|
|
|
|
|
|
| |
|