CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 2

Macam Mesin Dari Masa Silam! Lelaki Teruja Tengok Pam Petrol Legend Di Kampung Felda

[Copy link]
Post time 17-2-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Seoarang lelaki bercuti bersama keluarganya ke Kampung Sri Gading, Sedili, Johor teruja apabila menemui stesen minyak daripada masa silam.


Dalam satu perkongsian TikTok, Mohd Muzhaffar Ra'il, 34, sempat merakam detik berharga itu apabila dia singgah mengisi petrol di stesen minyak yang menggunakan pam analog.




mStar/TikTok




"Saya pergi bercuti dengan keluarga besar belah adik-beradik saya. Pada pagi tu saya dengan beberapa ahli keluarga keluar cari sarapan. Tiba-tiba isyarat lampu minyak menyala.


"Kami tanya orang kampung dekat situ, di mana stesen minyak yang paling dekat dan mereka cakap kena pergi dekat pekan sana, jauh dalam 60 kilometer (km) juga perjalanan sehala.


"Lepas pusing-pusing tu kami jumpa la satu stesen minyak ni, tapi stesen minyak kampung. Maklum la kami bercuti ni pun di kawasan luar bandar... dalam Felda," ujar Muzhaffar ketika dihubungi mStar.


Katanya, mesin itu dibuat dan diubah suai sendiri lelaki yang menjaga kedai minyak terbabit.


Dia juga menyifatkan sistem pam petrol yang digunakannya seakan-akan sesuatu yang ditarik keluar dari mesin masa.


"Dia siap ada hos getah macam mesin tebu. Katanya mesin tu berusia hampir sedekad juga. Mesin macam ni banyak ada dekat Felda.


"Orang Felda kan generasi peneroka, jadi mereka memang kreatif bab-bab ni," terang Muzhaffar.


Dia juga menceritakan bagaimana pengusaha stesen minyak itu mendapatkan bekalan petrol.


"Dia akan bawa satu tong drum naik kenderaan pacuan empat roda pergi ke stesen minyak di pekan untuk dapatkan supply. Sekali dia pergi tu ada had yang dia boleh beli.


"Had dia dalam 100 ke 200 liter sekali isi. Jadi lepas isi tu dia akan bawa balik tong drum yang dah penuh tu dan masukkan petrol ke dalam mesin dekat tempat dia.


"Sebab dia kena buat transportation semua sendiri, saya tak dapat nafikan yang harga minyak dia mahal 30 sen daripada biasa. Dia pun nak kena cari untung juga, lagi pun tak ada orang hantar minyak dekat dia.


"Saya pun tak isi banyak, kira-kira 10 liter je untuk bagi lepas pergi bandar dan isi minyak dekat pekan," kata Muzhaffar.







Dalam pada itu, dia tidak merasakan kaedah digunakan tidak membahayakan kerana ia sama seperti pam biasa di bandar, cuma sistem digunakan di kedai minyak berkenaan adalah secara analog.


Tambahnya, jarang kereta mengisi minyak di kedai itu, sebaliknya rata-rata yang mengisi minyak di situ adalah orang kampung yang menggunakan motosikal. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 03:07 PM | Show all posts
TikToker baru kuar gua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun hairan kat negara malaysia ni ada lg tempat yg jauh dr kemudahan stesen minyak.
Ada tempat yg jual petrol guna botol air mineral lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.157045 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list