CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 1

Bergadai Nyawa Demi Makanan, Selimut Dan Baju Sejuk

[Copy link]
Post time 17-2-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
12,000 bangunan rosak di bandar Kirikhan akibat kesan gempa bumi pada 6 Februari lalu.


Selain Kirikhan, Gaziantep dan Antakya turut berdepan kemusnahan teruk.


Sinar Harian melaporkan, Ibrahim Almaz, 29, warga Syiria yang menetap di Kirikhan sejak 20 tahun lalu, kediamannya turut musnah akibat gempa bumi itu.






Reuters


"Saya bukan orang yang senang sebab itu saya terpaksa memberanikan diri menyelamatkan harta benda yang masih boleh digunakan walaupun sedar kediaman ini boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya.


Ibrahim ketika ditemui kira-kira jam 3 petang waktu tempatan, bersama adik lelakinya Omar, 15, sedang menurunkan barangan seperti makanan, selimut, pakaian, bantal, tilam dan baju sejuk serta barangan elektrik yang masih lagi boleh digunakan.


Mereka terpaksa menggunakan tali dari rumahnya yang berada di tingkat tiga bangunan setinggi empat tingkat untuk menurunkan barang-barang berkenaan.


"Apa yang kamu lihat ini adalah usaha kami untuk meneruskan hidup bersama sembilan ahli keluarga.


"Kalau kami tidak memberanikan diri, siapa yang akan membantu kami? Sama juga dengan warga-warga Syiria yang menetap di bandar ini," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya yang hampir menyembah bumi di sini pada Khamis.




Ibrahim




Difahamkan, mereka kini menumpang rumah bapa saudaranya yang bersimpati dengan nasib menimpa mereka, lebih 50 kilometer dari rumahnya.


Tinjauan di lokasi itu mendapati rata-rata bangunan kediaman tidak lagi selamat untuk didiami, kedai, pasar raya dan restoran pula tidak lagi beroperasi.




Antara bangunan-bangunan yang musnah di Kirikhan, kesan daripada gempa bumi di Turkiye pada 6 Februari lalu.





Sebelum gempa bumi ini melanda, Kirikhan merupakan bandar yang sebuk dengan pelbagai aktiviti melibatkan kegiatan ekonomi, namun ia kini sepi kesan dari malapetaka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkn urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.606390 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list