View: 1036|Reply: 8
|
Pemilik Premis Klebang Utama Rugi Teruk Ketika Ramadan
[Copy link]
|
|
Kecewa rugi teruk, pemilik premis perniagaan di Klebang Utama meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lagi membenarkan bazar Aidilfitri didirikan di kawasan laluan dan parkir di situ.
 Khemah bazar Aidilfitri yang didirikan menutup premis perniagaan di Klebang Utama dan kesesakan orang ramai menyebabkan restoran dan premis tidak dapat dimasuki pelanggan.
- Suara Merdeka
Suara Merdeka melaporkan, mereka mendakwa menanggung kerugian antara RM10,000 hingga RM35,000 sejak dua tahun lalu sepanjang bulan puasa apabila bahagian hadapan premis tertutup dek khemah yang didirikan untuk bazar berkenaan beroperasi.
Bukan setakat pemilik premis terjejas tetapi majoriti penduduk di Taman Klebang Utama berdekatan turut membantah pembukaan bazar tersebut yang menghalang laluan keluar masuk ke rumah kediaman mereka.
 Mohamad Fazil Shafie.
Pemilik premis makanan segera MarryBrown, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, pihaknya menanggung kerugian RM10,000 pada 2021 dan RM15,000 pada tahun lalu apabila operasi perniagaannya ditutup oleh khemah bazar yang didirikan di situ menyebabkan ramai pelanggan tidak dapat memasuki premisnya kerana berlaku kesesakan selepas waktu berbuka puasa.
Justeru, beliau menghantar surat bantahan kepada MBMB meminta agar bazar di Klebang Utama tidak didirikan di situ bulan depan sebaliknya dipindahkan ke kawasan pantai Klebang tidak jauh dari situ.
 Shahril Mahmood.
Sementara itu, peniaga restoran Teeko Cafe, Shahril Mahmood berkata, perniagaannya kerugian paling teruk sepanjang bulan puasa iaitu pada 2021 sebanyak RM30,000 dan tahun 2021 pula RM35,000.
“Macam mana nak berniaga kalau bahagian hadapan premis ditutup dengan khemah. Meja untuk pelanggan makan pun saya tidak dapat buka di ruang hadapan,” ujarnya.
 Add Image Caption Here
Shyafiqah Shamsuddin.
Bagi pemilik Mix & Grilled Cafe, Shyafiqah Shamsuddin pula berkata, dia mengalami kerugian antara RM16,000 hingga RM20,000 apabila pelanggan tidak dapat memasuki premisnya kerana ditutup khemah bazar.
Katanya, ada ketika pendapatan yang diperolehi antara RM400 hingga RM1,000 sehari berbanding bukan di bulan puasa, mereka mampu meraih pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sehari.
“Saya terpaksa buka kedai dari pukul 5.00 petang hingga 9.00 malam sebab tidak ada pelanggan memasuki premis untuk menikmati hidangan kerana susah nak bergerak dan tak nampak kedai,” ujarnya.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
mmg mcm ikan sardin bersesak2 orang kat bazar ni. tak kira lg yg gigih bwk stroller angkut anak kecik baby2 lg bershopping raya. Tak takot penyakit langsung diorg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pihak majlis kena alert
kesian kat peniaga2 situ. dorang bayar sewa dah mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan skit2 rugi tu...ptt bazar ke apa tak yah dah buat depan shoplot....aku ngk pasar mlm kt brunei tu pun ada berbumbung...ada proper seat utk duduk menikmati makanan yg dibeli...actually open air hall ni boleh pakai utk mcm2...sports ke..perhimpunan ke....org berniaga pung tak yah pasang2 khemah tak risau le hujan2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
selagi boleh kaut.... semua benda diletakkan kt situ, padahal kt klebang tu banyak je tanah kosong yg terbiar, sodok pastu pacak khemah kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmmm.... harap2 ada perubahan bulan Puasa nnti |
|
|
|
|
|
|
|
time rugi canang,
time untung dendiam keluar vellfire |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu ada gunanya shoplot ni. bila ada shoplot, ada la tempat letak kereta. bila ada tempat letak kereta, ada la tempat nak pacak khemah atas tanah yang kukuh sikit. ada ke lak nak pacak khemah atas tanah kosong je. lecak tau tak lecak
aku menyindir je sebenarnya ni. aku pun tak sokong main pacak khemah depan kedai orang camni. ni asal ada tempat parking je, jadi la tapak pasar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je kedai mkn tutup cuti sebulan musim ramadan. Ramadan jalan jem lah semua menggelupur x tentu arah sana sini. Kedai penuh org, bazar sesak, fast food beratur. |
|
|
|
|
|
|
| |
|