|
Lelaki dari Ende, wilayah Nusa Tenggara Timur membunuh tunangnya menggunakan sepana hanya kerana berang dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor lembu.
Coconuts dipetik Kosmo! Online melaporkan, Ketua Unit Jenayah Polis Ende, Yance Kadiaman berkata, suspek dikenali dengan inisial MO, 44, menyerang mangsa, AR, 35, sebanyak dua kali, di mana kali pertama berlaku pada 4 Februari lalu.
 Gambar hiasan
Menurut laporan, dalam serangan itu suspek menyerang mangsa menggunakan tangan kosong.
Manakala serangan kedua dilakukan pada 7 Februari di mana suspek dilaporkan memukul mangsa menggunakan sepana, menyebabkan wanita itu cedera parah.
Mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya di hospital kerana mengalami kerosakan pada otak.
“Suspek marah terhadap mangsa kerana menuduhnya bersekedudukan dan melakukan hubungan seks dengan seekor lembu di ladang mereka,” kata Yance.
MO berdepan hukuman penjara 15 tahun, jika didapati bersalah dalam jenayah itu. - CARI |
|