CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Kedah] 'Lapor polis 100 kali pun saya tak peduli' - Sanusi

[Copy link]
Post time 16-2-2023 07:15 PM | Show all posts |Read mode
'Lapor polis 100 kali pun saya tak peduli' - Sanusi

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA16 Februari 2023 04:11pm






Muhammad Sanusi merasmikan nama Kampung Sejahtera, Mukim Teloi di Sik pada Khamis.




SIK - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia jika Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mahu membuat laporan polis berhubung isu pajakan membabitkan negeri itu dan Pulau Pinang.

Muhammad Sanusi juga menganggap wakil rakyat itu sebagai buta sejarah dan tidak memahami proses bayaran bagi pajakan Pulau Pinang kepada Kedah.

"Saya ada fakta, faktanya adalah bayaran pajakan dibayar oleh kerajaan Persekutuan bagi pihak Pulau Pinang, RM10 juta ditambah RM10,000 kepada Kedah, ianya bagi bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah.

"Kalau tidak dipajak, bayar buat apa? Rayer itu buta sejarah, tidak tahu apa, pergi lapor polis 100 kali pun saya tidak peduli, fakta macam itu, beritahu dia pergi lapor 100 kali lagi," katanya kepada media ketika hadir Majlis Penyerahan Geran Tanah Peringkat Daerah Sik dan Perasmian Kampung Sejahtera di sini pada Khamis.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Rayer membuat laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berhubung dakwaan mengatakan Pulau Pinang dipajak dari negeri berkenaan.

Dakwanya, kenyataan Muhammad Sanusi bersifat subversif, walaupun berulang kali memberitahu Pulau Pinang adalah sebuah negeri sendiri.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi turut memberi jaminan bahawa mangsa bencana kepala air di Baling akan dapat menduduki rumah baharu mereka sebelum Ramadan ini.

"Kita sudah buat cabutan undi, untuk 12 buah rumah yang di bawah itu, tuan rumah dah tahu rumah yang mana, depa dok ulang pi tengok dan hampir siap.




"Saya janji tak lebih bulan tiga, kita pun bayar sewa sampai bulan tiga ini, jadi sudah boleh duduk bulan Mac ini iaitu sebelum bulan Ramadan," katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 132 geran tanah diserahkan kepada penduduk Kampung Sejahtera yang telah menetap lebih 40 tahun di kampung berkenaan.

"Kampung ni dulu nama Kampung Sri Dacing, mereka menetap dari tahun 80-an, 2008 kita sudah usaha, dah mula proses ukur semua tetapi belum dapat.

"Saya jadi menteri besar bermula 2020, pertama sekali saya uruskan semula proses geran untuk kampung ini, keluarkan dari status hutan simpan, melalui proses undang-undang... akhirnya hari ini dapat bagi geran kepada 132 orang," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list