Pujukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggagalkan cubaan seorang lelaki Pakistan bunuh diri di sebuah hotel, Jalan Tun Sambanthan, di sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 3.04 petang.
Foto: Kosmo
Menurut kenyataan itu, seramai 14 anggota lain-lain pangkat serta empat buah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki ingin melakukan cubaan bunuh diri dari tingkat empat bangunan tersebut.
“Selepas dipujuk selama 19 minit, warga Pakistan tersebut mula tenangkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, lelaki terbabit diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. -CARI
eee tak baik pitenah iols... ni bukan taste iols ok... rela lagi iols jadi executive andartu veteran pangkat paling tinggi kat malaysia ni dari kahwin dengan sedara mara jahlop ni jahlop tak nak tolong ke pakcik sedara heshe nih yang tengah ada masalah...