CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 8

Lelaki Tua Mati Dibunuh Ayam Ganas

[Copy link]
Post time 16-2-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode
DUBLIN, Ireland  – Seorang lelaki warga Ireland ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang oleh seekor ayam yang ganas, lapor akhbar New York Post semalam.


Jasper Kraus dari Killahornia dibunuh oleh seekor ayam Brahma pada 28 April 2022, demikian menurut satu inkues di Ballaghederreen seperti laporan Pemeriksa Ireland.


Anak perempuan Kraus, Virginia Guinan berkata, mangsa sedang tidur pada hari kejadian. Dia tidak mahu membangunkan bapanya kerana mangsa tidak sihat dan kesedihan kerana anjingnya mati.




Foto: New York Post




Setelah dimaklumkan mengenai pertumpahan darah itu, Guinan bergegas pulang ke rumahnya di mana dia melihat bapanya yang terbaring dalam kolam darah diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh anggota paramedik.


Satu jejak menuju ke rumah ayam di mana dia melihat salah seekor haiwan itu mempunyai kesan darah pada cakarnya. Guinan mengesyaki ia ayam yang sama dihantar ke ladang selepas menyerang cucu perempuan Kraus.


Seorang penyewa di rumah itu, Corey O’Keeffe berkata, dia mendengar Kraus menjerit semasa diserang dan melihat darah memancut dari kaki mangsa, serta luka besar di betisnya.


Dia menghubungi perkhidmatan kecemasan dan dibimbing untuk melakukan CPR selepas Kraus tidak sedarkan diri.


Dr. Annette Jennings berkata semasa inkues bahawa ketika dia tiba, anggota paramedik mengambil alih CPR dan cuba memulihkan Kraus, tetapi dia disahkan meninggal dunia.


Koroner merekodkan kes itu sebagai ‘kecelakaan’, walaupun mangsa mengalami serangan jantung ketika diserang ayam ganas itu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 11:00 AM | Show all posts
ko knpa eh ayam pembunuh btol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyat....ganasnya ayam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Goreng je lah ayam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 03:00 PM | Show all posts
ingat ayam yg itu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 03:04 PM | Show all posts
nk kena sembelih ni
kfc kan jgk kang



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ayam ke syaitan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam jantan yang ganas siap bertaji tu kan.... orang buat sabung ayam le ayam jenis gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 04:59 PM | Show all posts
ayam Brahma

tengok mcm tak ganas pun cuma bahagian kaki ada bulu


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.341311 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list