CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2357|Reply: 22

[Tempatan] Salah andaikan Menu Rahmah berkualiti rendah, kata bos Mydin

[Copy link]
Post time 16-2-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 17-2-2023 10:36 AM

MP PAS bimbang Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
Diterbitkan:  Feb 16, 2023 2:30 PM



Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko kesihatan.

Menurut Dr Halimah Ali (PN-Kapar) penyediaan makanan yang berharga rendah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.


Sebagai doktor perubatan, kata wakil rakyat dari PAS itu, dia berasa bimbang dengan isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang dan didakwanya membingungkan kerajaan.


"Kita tak mahu shortcut (jalan pintas), kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality.


"Saya tidak ada masalah dengan istilah rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya," kata bekas exco Selangor itu kelmarin.




Halimah berkata demikian semasa berucap membahaskan titah diraja. Petikan ucapan tersebut mula menjadi tular hari ini.


Ekoran kenyataan itu sebahagian warganet menganggap Halimah terkeliru apabila mengaitkan makanan dengan masalah autisme.


Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, turut membalas ciapan mengenai kenyataan Halimah itu dengan memintanya menjelaskan apa yang mahu disampaikan.


"Sebagai doktor perubatan, saya nak tanya, makanan apakah yang dimakan boleh mengakibatkan autisme? Tolong jelaskan.." ciapnya.


Seorang pengguna Twitter yang membalas ciapan Yii turut memberitahu bagaimana dia terkejut dengan dakwaan dibuat Halimah.





"Sebagai ibu bapa autisme, saya terkejut dengan dakwaannya. Autisme bukanlah sejenis penyakit akibat salah pemakanan, ia adalah perbezaan neurologi sepanjang hayat yang memerlukan penerimaan dan pemahaman," kata @zaidomar18.


Menu Rahmah merupakan inisiatif dibawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan lengkap pada harga maksimum RM5.


Ia mengandungi hidangan yang dilengkapi karbohidrat dari nasi, protein - seperti ayam atau ikan - dan sayuran.


Ia mula dilancakan KPDN pada 31 Jan lalu.


Menurut menterinya melalu Menu Rahmah itu orang ramai boleh menikmati makanan tengah hari dan malam pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara.


Ia juga mendapat kerjasama pemain pemain industri makanan termasuk Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.


.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2023 10:34 AM | Show all posts
Salah andaikan Menu Rahmah berkualiti rendah, kata bos Mydin
Fion Yap & Isabelle Leong
Diterbitkan:  Feb 16, 2023 9:22 PM



Harga murah yang ditawarkan di bawah inisiatif Menu Rahmah tidak bermakna penjual menyajikan makanan yang berkualiti rendah kepada pengguna, kata pemilik pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin.

Dia berkata demikian sebagai maklum balas terhadap Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali, yang pada Selasa mengaitkan Menu Rahmah dengan kebimbangan mengenai "makanan berkualiti rendah" boleh mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit, termasuk kanser dan autisme.

Halimah sejak itu menafikan bahawa dia mengatakan bahawa makanan murah akan menyebabkan penyakit, tetapi hanya mengingatkan penjual untuk menyediakan makanan yang sihat dan tidak berkompromi dengan kualiti.

Ameer memberitahu Malaysiakini hari ini tidak patut Halimah membuat andaian sedemikian dan menganggap kenyataannya sebagai menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.



“Sebenarnya adalah sangat salah apabila dia beranggapan orang (penjual) akan memberikan makanan yang tidak berkualiti kerana kami menjual pada harga yang lebih murah.

“Sejak awal, terutamanya di Mydin, dan persatuan nasi kandar, kami telah menyatakan bahawa kualiti makanan tidak akan terjejas.

"Dia juga harus ingat bahawa kami berniaga dan kami berada di sini untuk perniagaan jangka panjang. Jika kami mula memberi makanan berkualiti rendah bukan sahaja reputasi Menu Rahmah akan terjejas, tetapi reputasi perniagaan kami sendiri, sama ada Mydin atau apa sahaja. ," katanya.

Kata Ameer lagi, reputasi merupakan sesuatu yang sangat penting bagi pengendali perniagaan dan berkompromi terhadap kualiti akan memberi kesan jangka panjang ke atas perniagaan mereka.



Ahli perniagaan berpengalaman itu juga menafikan tanggapan bahawa peniaga akan rugi kerana menjual Menu Rahmah.

Menurutnya, had RM5 setiap hidangan boleh menampung kos makanan dan penjual masih mampu membuat keuntungan antara RM1 dan RM1.50 daripada setiap satu.

"Makanannya sama, tidak ada kompromi (mengenai kualiti), satu-satunya perkara ialah apabila anda menjual pada margin yang rendah, ia tidak akan menampung keseluruhan kos overhed kedai, atau kedai mamak atau apa sahaja perniagaan.

“Tetapi anda harus ingat, bukan semua orang datang untuk membeli Menu Rahmah, kita lihat hanya 15 peratus pelanggan yang membeli Menu Rahmah, jadi kita masih ada 85 peratus pelanggan membeli hidangan lain,” katanya.



Inisiatif Menu Rahmah telah dilancarkan oleh kerajaan pada Januari dalam usaha mengurangkan kos sara hidup. Melalui inisiatif itu, pelanggan boleh membeli makanan pada harga RM5 dan ke bawah, terdiri daripada nasi, ayam, atau ikan, dan sayur-sayuran dengan air kosong.

Halimah yang juga ahli parlimen PAS dilaporkan meluahkan kebimbangannya mengenai kualiti Menu Rahmah semasa perbahasan di parlimen pada Selasa.

Kenyataan itu telah mengundang maklum balas dalam talian.

Bagaimanapun, awal hari ini, Halimah ketika ditemui pemberita di parlimen menafikan yang dia bermaksud Menu Rahmah boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti autisme.

"Saya cuma cakap berhati-hati, jangan terlalu terdesak hanya kerana anda ingin mengatakan bahawa anda menyediakan makanan murah dan restoran terpaksa menerima tekanan kerajaan," kata Halimah.

Ahli parlimen itu juga menegur pemberita apabila diasak untuk mengulas kenyataannya sebelum ini, berkata mereka tidak sepatutnya "memutar-belitkan" kata-katanya.

"Saya tidak mengatakan bahawa (makanan murah akan menyebabkan penyakit). Anda mempunyai etika anda sendiri, profesionalisme, jangan berputar.

“Anda menjejaskan rakyat… mereka sudah berada dalam tekanan mental, kami di sini untuk membantu rakyat, jangan buat lawak dan buang masa orang ramai untuk melakukan ini.



Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub menyindir Halimah berhubung apa yang dikatakannya pada Selasa.

"Ohhhh. Baru saya sedar rupa-rupanya kanser ini tak wujud di dunia sehingga adanya Menu Rahmah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen.

Seorang lagi ahli parlimen, Lee Chean Cheung (PKR-Petaling Jaya), melahirkan rasa kecewanya terhadap Halimah kerana membuat dakwaan sedemikian yang mengaitkan pemakanan dengan autisme, terutamanya memandangkan kelayakannya sebagai doktor perubatan.

Menurut Lee, menjadi pengetahuan umum bahawa makanan tidak menyebabkan autisme.

Halimah harus mengemukakan bukti saintifik untuk menyokong kenyataannya, tambah Lee, atau dia mesti meminta maaf kepada orang ramai kerana membuat kenyataan yang mengelirukan.

“Saya juga ingin menggesa Halimah menunjukkan bukti bahawa Menu Rahmah disediakan dengan makanan berkualiti rendah yang dihidangkan kepada pengguna,” katanya pada satu kenyataan.


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 17-2-2023 04:02 PM

Pasni dah takleh makan nasi lemak 2ringgit..nanti kena autisme
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas exco masa zaman bila ni? zaman jemin ke tski?euww org selangor tergamak korang
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I faham je apa mp ni nak sampai kan mostly about food security.  Kalau nak cerita pasal low grade food source sebelum menu rahmah pun banyak je makanan ie veggies and fruits dibaaa masuk dr china yg kata konon2 tak guna chemical tapi tu dia sekali inject terus carrot besar watermelon, or beli sayur2 yg apeks apeks tanam bawah pencawang tnb, ikan2 dr thailand and india etc where the ocean is tainted.  Singapore dah lama dah ambil action on food security ni sebab tak nak bergantung dgn exporters.

Tapi yg tanya makan apa megakibatkan austism tu tak tau la dia serkap jarang ke salah masuk porum ke hapa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian marhaen ic biru....untung lg pati rohingok dpt mkn free
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2023 08:54 PM | Show all posts
selagi boleh nak bangkang dan bila dah takde idea nak diutarakan....lepas ni jgn kata menu rahmah jgn beli, segala fast food, dan segala nuggets, keropok lekor dll tu pun, sila jangan beli...not healthy jugak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:43 PM | Show all posts
alesandra replied at 16-2-2023 06:52 PM
Bekas exco masa zaman bila ni? zaman jemin ke tski?euww org selangor tergamak korang

speechless jua....... orang kapar masih boleh dia perkotak katik kan, area kampung dan orang lama kan....

tengok profile dia, laki dia dr. , semua 6 anak2 dia dr. .. semoga semua tu tak libat ke politaik, fokus la ke ibadah kerjaya doktor tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kapar estet busuk, betul tak @edee_91
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:27 PM | Show all posts
Nak cakap ikut sedap mulut....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Drmu at 16-2-2023 11:49 PM

Ada kajian kte soya blh sebabkan autism worst.. pernah dgr jugak yg amek minum soy based product mcm sh**** n herba l*** Tu anak dorang sng eczema n mcm lambat skit.. n minum Susu unta ktanya bagus utk org autism ni. Pastu tips autism ni kena elak makan gluten, dairy, soya, jagung n mkanan beralergic.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by evlinne at 17-2-2023 01:59 AM
Drmu replied at 16-2-2023 11:39 PM
Ada kajian kte soya blh sebabkan autism worst.. pernah dgr jugak yg amek minum soy based product mcm ...


Apa khasiat susu unta tu smpai kata baik utk autisme?
Sorry iols xtahu

Btw sha*** dgn herb***** tu mmg x elok sbb kandungan produk dorang banyak heavy metal
Bleh gugel ada je kes
Sbb tu produk2 oem yg buat kat kilang takat ada gmp status je tidak meyakinkan sbb bleh jdi ada kes heavy metal mcm gini
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka rosikinki tersenyum mengekek tang autisme iteww
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:24 AM | Show all posts
stekment mengundang maki
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:10 AM | Show all posts
Saya tertanya2 juga yg dimaksudkan dgn low quality food tu mcmane? Adakah berbasiskan bahan pokok spt ikan yg  sudah pecah perut atau sayur yg separuh layu  ttpi digoreng, digulai, disantan dn dijadikan menu hidangan rahmah.?  Adakah itu yg dikatakan makanan yg rendah kualiti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 11:26 AM | Show all posts
apa yg lebih merisaukan stok makanan dlm negara. risau menteri tu tak buat apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 08:09 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-2-2023 09:52 PM
kapar estet busuk, betul tak @edee_91

Itu kisah lama kita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak sama taraf mat sabu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 08:54 PM | Show all posts
kalau dia nak kaitkan menu rahmah dengan autisme maka itu aku rasa salah. sebab makanan kita sebelum menu rahmah tu rasanya tak ada perubahan pun bila dah wujue menu rahmah tu.

dia nak cakap pasal food security tak perlu kaitkan dengan menu rahmah. jika makanan kita tak selamat sebelum ada menu tu maka selepas menu tu wujud pun, kita tetap hadap kualiti makanan yang sama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048123 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list