CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1013|Reply: 9

Dokumen Tak Ada, Nak Sekolah Pun Tak Boleh- Ibu Kandung Putri Amiera Dicari

[Copy link]
Post time 16-2-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Wanita buntu memikirkan masa depan cucu angkatnya kerana tidak dapat meneruskan persekolahan disebabkan masalah dokumentasi.


Norlaily Rahimin Abdullah, 58, berkata dia menjaga Putri Amiera Abdullah, 9, sejak lima tahun lalu selepas anaknya, Khairol Ibnuniezam Mohamad Ibrahim meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 2018.


Norlaily Rahimin Abdullah, 58, bersama cucu angkatnya, Putri Amiera Abdullah, 9. Foto: Harian Metro




Katanya, Putri Amiera dijaga Khairol sejak berusia dua minggu selepas diserahkan oleh ibu kandungnya, Kamiza Md Safar yang juga rakan kepada anak lelakinya pada 2014.


"ada mulanya, wanita itu ada menghubungi kami untuk mengetahui keadaan anaknya, namun dia kemudian menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.


"Sejak itu, Puteri Amiera dijaga oleh Khairol sebelum saya mengambil alih tugas itu selepas pemergiannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, Puteri Amiera pernah bersekolah di tadika pada usia enam tahun, namun tidak dapat meneruskan persekolahan di sekolah rendah kerana masalah dokumentasi.


"Saya sudah merujuk perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka meminta supaya kami cuba mengesan ibu kandung Puteri Amiera," katanya.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung Puteri Amiera diminta menghubunginya di talian 011-37339816. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 04:59 PM | Show all posts
cara mudah indon nak dapat warganegara..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sian dekat awak dik....sbb masalah org dewasa...awak yg kecil jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xde ic surat beranak jgn ambil angkat2
Tanggung masalah lain pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan lagi dan lagi..

Ramai yg baik hati amik anak angkat tp langsung tak cakna tentang betapa pentingnya sijil lahir, surat nikoh mak pak kandung budak tu.

Btw betul ke kamiza tu cuma kawan baik arwah anak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:20 AM | Show all posts
Edited by FlexyFox at 17-2-2023 01:22 AM

Kesian anak kecil ni. Byk sangat kes2 stateless children ni. Orang dewasa kenalah bertanggungjawab bila lahirkan anak2. Dan jgn buat jahat..nikah elok2. I speku mak budak ni lari tinggalkan bayi kpd ayah budak tu. Sangkaan I aje berdasarkan crita atas tu. Wallahualam. Apapun, I harap masalah ni dpt diselesaikan agar budak ni blh pergi sekolah. Kesian teraniaya begini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
I syak tu cucu kandung dia
5 tahun bela x reti2 nk fikir dr awal hal dokumen
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 03:20 AM | Show all posts

Cuba buat DNA test kot la cucu sendiri.

Arwah anak makcik ni bujang ke? pandai jaga bayi sampai umur 4 tahun.

Cuba check dgn KWSP, Kamiza Md Safar sekarang kerja di mana? tengok pencaruman dan boleh la pergi office dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 10:59 AM | Show all posts
lehhh acik ko cek la nth mmg tu cucu ko puih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ada bau2 ikan di situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 1.473564 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list