View: 2150|Reply: 24
|
Ex BF Cengkam Perut, Selalu Tampar, Tolak Sampai Jatuh Terduduk, Dah Putus Gadis Menderita Ada Slip Disc Kekal
[Copy link]
|
|
Fara Nurain Nasyaruddin, 23, mendakwa dia pernah menjalinkan hubungan romantik dengan seorang lelaki 'kaki pukul'.
Sikap panas baran yang meluap-luap bekas teman lelakinya itu jugalah yang menyebabkan Fara kini menanggung derita apabila dia didiagnos dengan masalah sakit tulang belakang (slip disc).
"Saya ada relationship dengan dia tahun 2017 dan setahun lepas tu kami putus sebab saya dah tak tahan dengan perangai dia.
"Kami bekerja satu tempat tapi dia ada masalah kuat cemburu dan suka naik angin tak tentu hala.
"Kerja saya pula kena banyak bergaul dengan orang. Dia tak suka saya berkawan dengan mana-mana lelaki lain. Tapi itulah lumrah kerja saya.
"Kami banyak kali bergaduh pasal benda ni dan kami bukan gaduh biasa-biasa," kata Fara ketika dihubungi mStar.
Menurut Fara, pergaduhan dia dan bekas teman lelakinya bukan hanya bertikam lidah malah melibatkan fizikal.
"Saya ni orang yang tak suka melawan dan lebih memilih untuk memendam. Kalau orang dari luar tengok bagaimana saya diperlakukan oleh bekas teman lelaki, orang akan cakap it's the biggest red flag ever.
"Tapi itulah, cinta itu buta bukan, sebab sayang saya relakan je, terasa diri ni bodoh sangat waktu tu. Ada sekali tu waktu tengah kerja, perasaan cemburu dia datang mengejut dan dia terus tarik saya keluar dari tempat tu.
"Dia marah-marah saya dan mengamuk, dia hentak saya dekat dinding. Benda ni dah selalu jadi, dia pernah cengkam perut saya, dia selalu tampar dan tolak saya sampai saya jatuh terduduk.
"Saya tahankan je semua yang saya kena tu sebab saya anggap saya kuat, tapi rupanya kesannya datang lima tahun selepas itu, kesihatan saya yang tergadai," ujar Fara yang masih bergelar pelajar institut pengajian tinggi (IPT),
Fara mendakwa postur tulang belakangnya terjejas kerana penderaan fizikal oleh bekas teman lelakinya dan perkara itu sering menghantui dirinya.
"Ada sekali tu tiba-tiba badan saya terbaring atas lantai tak boleh bergerak dan macam lumpuh. Bila pergi hospital waktu tu belum nampak lagi gambaran sebenar apa yang berlaku.
"Tapi memang sakit bahagian belakang saya. Kerja berat saya tak boleh buat. Nak berjalan jauh pun tak mampu. Sampai saya terpaksa tinggalkan minat saya untuk buat aktiviti lasak. Banyak benda jadi kurang dalam hidup ni.
"Lima tahun saya tanggung sakit, akhirnya dah tak tahan sangat, saya pergi hospital untuk buat check-up. Baru saya tahu yang saya sebenarnya slipped disc, doktor cadangkan saya buat pembedahan untuk betulkan balik tapi saya takut.
"Saya diberitahu yang damage slipped dics ni kekal, jadi sekarang saya cuma makan ubat tahan sakit dan sapu minyak panas. Saya tak rancang nak buat apa-apa rawatan alternatif dalam masa terdekat ini," ujar Fara.
Ketika ditanya adakah dia merancang untuk mangambil tindakan undang-undang ke atas bekas teman lelakinya atas apa yang berlaku, Fara berkata dia menganggap semuanya sebagai kisah silam.
"Saya ni cepat kesiankan orang, lagipun sekarang dia dah kahwin. Saya tak nak ganggu rumah tangga mereka.
"Lepas apa yang terjadi dia ada datang minta maaf dekat saya tapi saya macam terkilan, dia dah rosakkan hidup saya dan itu je yang dia boleh cakap.
"Dia tak ada nak bayar pampasan atau ganti rugi ke apa. Saya memang benci dia sebenci-bencinya. Saya nak lenyapkan dia terus dari memori hidup saya.
Fara bagaimanapun bersyukur kerana kekosongan yang ditinggalkan telah digantikan dengan lelaki yang lebih memahami dan penyayang.
"Teman lelaki saya yang sekarang ni penyabar, soft-spoken dan tak pernah tinggikan suara pun. Mungkin akhirnya Allah dah dengar doa saya selama ini," kata Fara yang sedang memulihkan dirinya dari trauma.
Fara sempat menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana agar tidak bertoleransi dengan segala bentuk penderaan daripada pasangan mereka.
"Saya cuma nak cakap satu je, kalau lelaki itu dah berani angkat tangan dekat awak sebelum kahwin, terus tinggalkan.
"Dia tak akan boleh berubah kalau itu memang dah perangai dia. Cuba fikir jauh ke depan, agak-agak bila nanti awak dah sah jadi hak milik dia selepas kahwin, apa lagi yang dia berani buat dekat awak.
"Jangan seksa diri kerana lelaki," ujar Fara.
Dalam menjalinkan hubungan cinta, rasa cemburu dan salah faham sering berlaku tetapi setiap individu sama ada lelaki atau perempuan perlu mengawal emosi masing-masing.
Bertindak ganas atau mengasari pasangan tidak sepatutnya dilakukan, sebaliknya cuba selesaikan kemelut dengan berbincang secara baik. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ofis pun ramai slip disc sb ergonomic issues
Seksa depa datang keje |
|
|
|
|
|
|
|
Jahidah-(ehh..sapa ntah nama yg koma pukoi kt somi tu)-to-be
Kalo somi tu telah la nnt dituduh durhaka kalo melawan,ni boipren pn ko hadap mkn kaki tgn.
Slip disc ni bila sakit sgt² smpei xleh jln aku mintak inject voltaren.
Ni betol² sakit smpai nk bgn duduk kna bantu & xleh lelap lgsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut kidnap pakwe jadah tu. Sumbat dalam guni. Masukkan kerengga |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya x yah tunggu 2 tahun..2 bln je trus break up..klu 2 bln je kwn mesti x teruk.lg bdn |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cerita anak bini dia kena lempang juga kah |
|
|
|
|
|
|
|
gambar tu memang orang yang sama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko takde makpak ke nak bkasih sayang sampai rela kena hempokk..boyfrn skrg pun belum tentu helokk sikit ari lagi bosan dgn ko yg asik sakit je |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh betoi sanggup jadi punchbag |
|
|
|
|
|
|
|
org kata lelaki panas baran ni biasanya kelakar pandai bt lawak |
|
|
|
|
|
|
|
Patut pertama kali dia naik tangan kau dah blah dan report polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape suruh ko bodoh dekkk
Tu je akak nk cakap
Makpak ko pernah naik tangan sama kt ko tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
these kind of girls/wife..cakap jelah korang nih BDSM masochist or stockholm syndrome..menyampah nak stay lama2 ..cik chiken elok je single sampai sekarang 
|
|
|
|
|
|
|
|
2023 umo ko 23....2017 umur ko 17 tahun...ko dah berpakwe....ko x sekolah ke...bapak ko mana..mak ko mana....
Ke ni jenis melawan mak ayah...sekolah x nk...tapi duk gatai berpakwe |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan skrg dia dah kawen la tp masih berpakwe juga lagi walau dgn org lain laaa
Sudah2 la membodohkan diri yaa pasnih sekali ja laki naik tgn kat tubuh ko jgn tunggu2 lagi dah.
Lelaki yg baik takkan sesekali pukoi pompuan ingat tu sudah.
Takdanyaa laaa walau dia panas baran hati dia baik ke apa.
Nih mesti jenis laki tu pandai mengayat lepas wat salah nangis2 minta maaf puji2 pompuan tu mcm2 pastuh buat lagi dan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
ayat mcm prof yg sound student b40 tu 
tp tu lah kan...why oh why
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 17-2-2023 08:11 AM
ayat mcm prof yg sound student b40 tu
tp tu lah kan...why oh why
Ye la..dia duk kata kena pukul dek bf bertahun2...apa, dia x de bapak ke mak ke yg senang2 org pukul dia sampai nk lumpuh ni...ke duk serumah selama ni dgn bf ...mesti kena pukul dlm rumah...kalau pukul kat luar tentu org lain masuk campur... |
|
|
|
|
|
|
|
masalnyehh x-bopren tu pukul dia kat public ke? takkan org ramai tak tolong?
kut laki bini tu meols paham la kut pukul2 tendang2 dlm rumah
kut gopren ni takkan tetengah dating kat shoping mall kena hentak teruk camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya la fara ni
Ko spill la nama penuh ex-bf ko tu..biar sume org tahu dan bleh avoid dr amik dia jd menantu
Jadahnya la ko ni baik sgt smpi terkorban diri
Kalo akak jd ko,akak spill je full name mangkuk tu
Biar dia pun sama2 gelap masa depan
Buat smpi Bakal majikan google psl dia pun smpi x jadi hire dia keje |
|
|
|
|
|
|
| |
|