View: 1435|Reply: 14
|
Pemandu Treler Tak Sedar Tergilis, Lelaki Mati Kepala Hancur Otak Bersepai
[Copy link]
|
|
Sungai Buloh: Lelaki meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya hancur digilis treler di Jalan BRP 1/10a berhadapan sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 12.50 tengah malam tadi.
 Foto: Harian Metro
"Siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di hadapan sekolah menengah jam 10.30 malam tadi oleh pemandunya yang berusia 38 tahun untuk singgah ke rumah.
" emandu itu kemudian menghidupkan enjin treler untuk bergerak semula bagi mengambil muatan di Klang jam 12.29 tengah malam tadi.
"Apabila kenderaan itu mula bergerak jam 12.40 tengah malam, pemandu dimaklumkan seorang penunggang motosikal bahawa treler terbabit melanggar seorang lelaki yang berada dalam keadaan terbaring di tayar kanan belakang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Shafa'aton berkata, mangsa berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.
"Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.
" emeriksaan terhadap treler itu mendapati terdapat kesan darah dan serpihan otak di tayar belakang kanan kenderaan berkenaan.
" ihak polis sudah mengambil keterangan pemandu treler terbabit dan saksi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan jam 12.41 tengah malam tadi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian kami mendapati terdapat sebuah treler sepanjang kira-kira 12 meter melanggar seorang lelaki yang cedera di bahagian kepala.
"Anggota bertugas bertindak membuat pemeriksaan dan membantu pihak ambulans menutup mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. -CARI
Xumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah…Huwaaaa tragis nya…mcm mana lori tu x sedar tlanggar org bawak motor…
Sebab tu SG time drive ke time jalan kaki ke, kalau nampak lori mmg stay away sebab depa ni byk blind spot |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga..
Tgk tajuk ingatkan pemandu treler tak sedar kena gilis |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 16-2-2023 08:57 PM
Innalillah…Huwaaaa tragis nya…mcm mana lori tu x sedar tlanggar org bawak motor…
Sebab tu SG tim ...
Akak lagi jijiks dengan si mati yang apa ke bowdow sangat dah tahu treler sebesar gedabak gitu boleh pulak berkhemah bersandiwara dekat2 situ dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-2-2023 08:59 PM
Takziah kpd keluarga..
Tgk tajuk ingatkan pemandu treler tak sedar kena gilis
Oh jangan risau sis. Akak akan minta ijin untuk kidnap abg kekar itteww dulu sis. Kalau deme setuju baharu akak proceed sis.  |
|
|
|
|
|
|
|
"Apabila kenderaan itu mula bergerak jam 12.40 tengah malam, pemandu dimaklumkan ‘OLEH’ seorang penunggang motosikal bahawa treler terbabit melanggar seorang lelaki yang berada dalam keadaan terbaring di tayar kanan belakang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Adakah tertinggal/ditinggalkan perkataan OLEH di situ? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 16-2-2023 09:02 PM
Oh jangan risau sis. Akak akan minta ijin untuk kidnap abg kekar itteww dulu sis. Kalau deme setuj ...
Kaka salah benang la.. kang org ingat kaka nak kidnap pemandu treler tuh..
Siyesly iols tingin tgk kaka bg pikap line cenggitu kat laki2 alpha male.. pernah ka kaka berjaya? |
|
|
|
|
|
|
|
Cmeane dia boleh berada dekat dgn treler tu? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 16-2-2023 09:01 PM
Akak lagi jijiks dengan si mati yang apa ke bowdow sangat dah tahu treler sebesar gedabak gitu bol ...
Hahahaha…SG rasa mcm pening pulak baca berita tu…mcm ada missing point…apa2 pon main point nya lorry ni byk blind spot, so kita ni yg kena carefull betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal dia berbaring kat tayar treler? Memang menempah maut lah |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa tidur bawah lori treler ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya
|
|
|
|
|
|
|
|
Blind spot la tu. Sebab tu jangan dekat sgt dgn lori.
Ada video panda ke grab ntah, boleh plak dia berhenti depan lori sebab nk seberang jalan. Bangang gila. Mmg lori xnmpkla sbb blindspot. Lori kn tinggi. Nasib tak mati. Motor je kne lenyek |
|
|
|
|
|
|
|
samada blind spot atau manusia mabuk tidur bawah treler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda sama jadi kat jln menuju airport few months back. Penunggang wanita.
Ceritanya jaketnya tersangkut kat besi lori masa tgh cilok2 waktu balik kerja, bila lori jalan budak tu jatuh bawah lori kena gelek. Pecah kepala. Meninggal di situ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|